HARI ini merupakan hari keempat kita di dalam fasa berpuasa. Antara isu yang sering ditanya adakah tidur selepas sahur memberi kesan buruk?

Jadi hari ini, Sinar Plus ingin berkongsi beberapa kesan yang akan berlaku akibat tidur selepas sahur kepada kesihatan anda.

1. Dehidrasi tubuh dan otak.

Apabila kita tidur selepas bersahur, air tidak diserap tetapi dibawa terus ke pundi kencing. Perlu diketahui bahawa saluran permakanan adalah berbeza dgn saluran air kencing.

Air yang diminum daripada saluran permakanan tidak terus masuk ke dalam pundi kencing kerana ia mestilah diserap terlebih dahulu di dalam saluran permakanan. Tanpa serapan di dalam usus, maka tidak akan terhasilnya atau terhasil dgn sedikitnya air kencing.

2. Makanan yang dimakan tidak diproses dengan normal lalu menjadi toksik

Ketika kita selesai makan, badan akan berubah kepada tetapan ‘rest and digest’. Ini merupakan salah satu mode yang dikawal oleh otak menggunakan sistem saraf yang dipanggil sebagai ‘parasympathetic nervous system’.

Ketika masuk mode ini kita akan merasa letih dan ingin berehat. Disamping makanan akan tercerna dengan lebih efisien.

Tidur atau tidak selepas makan ataupun sahur belum lagi dibuktikan mengganggu sistem pencernaan.

3. Interaksi otak dan usus terganggu

Otak kita sentiasa berkerja walaupun kita tidur. Begitu juga usus kita yang menggunakan sistem otak yang bergerak dengan sendirinya.

Iklan

Ia bermaksud tanpa kita berfikir ia akan menjalankan fungsinya seperti pergerakkan usus.

Jadi, kesimpulannya, tidur selepas sahur tidaklah menyebabkan dehidrasi sehingga menyebabkan makanan tidak diserap mahupun interaksi antara otak dan usus itu terganggu kerana ia masih lagi tidak dibuktikan.

Namun, perlu diketahui bahawa tidur selepas makan akan menyebabkan kita kurang menggunakan kalori tersebut. Ia akan menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mendapat obesiti.

Iklan

Bahkan, ia juga akan menyebabkan seseorang itu mempunyai tabiat tidur selepas makan yang tidak terkawal hingga menyebabkan penyakit kronik lain seperti kencing manis dan darah tinggi.

Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh kan?

Sumber: TheDiangnosa