FYI

7 makanan pencair kahak anak, mak-mak pastikan ada di rumah

APABILA anak mengalami batuk, ibu ayah tentu bimbang. Apatah lagi jika batuk berkahak, tidur malam pasti tidak lena. Jika anak kerap batuk berkahak, selain ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, bantu redakannya dengan makanan ‘pencair kahak’ ini.

Batuk membantu membersihkan bahan dari saluran pernafasan dan menghalangnya daripada masuk ke paru-paru. Bahan tersebut mungkin zarah yang telah disedut atau bahan dari paru-paru atau saluran udara.

Baca juga: Marjerin sangat tidak sesuai untuk anak, ibu wajib ambil tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Baca juga: Anak selalu batuk, selesema carilah matahari dan tanah, doktor kongsi tip redakan 

Lazimnya, apabila dijangkiti batuk, kahak akan terhasil. Buat ibu-ibu yang resah anak batuk berkahak, perkongsian makanan ‘pencair kahak’ oleh Dr Mazliana Mazlan ini boleh dijadikan panduan.

Beliau mencadangkan tujuh jenis makanan yang dikatakan boleh meredakan kahak dan ‘ketat dada’ pada si manja.

“Apabila dada anak ketat dengan kahak, boleh hidangkan dengan kerap makanan ini. Kita cuba. Antara makanan pencair kahak untuk anak-anak,” kongsinya.

Baca juga:Jauhi makanan proses, ibu mengandung tak boleh tinggal buah

Baca juga: Sedapnya, ibu perlu tahu 7 sebab kenapa perlu beri anak air kelapa setiap minggu

Tujuh makanan tersebut adalah seperti berikut:

1-Ikan
2-Bawang
3-Labu
4-Sayur hijau
5-Nanas
6-Buah pear
7-Lada Benggala (capsicum)

Pun begitu, ibu bapa dan penjaga perlu mendapatkan rawatan kecemasan segera sekiranya batuk si kecil mula menunjukkan gejala-gejala ini:

-Bibir bertukar menjadi biru
-Bunyi berdecit yang kuat (stridor) apabila kanak-kanak menarik nafas
-Kesukaran bernafas
-Keadaan fizikal yang lesu
-Batuk berulang yang tidak terkawal diikuti dengan nada tinggi semasa menarik nafas (bunyi ‘whoop

’)

Baca juga:Kurangkan kecacingan anak, ibu wajib tahu khasiat betik, bijinya

Sumber: Dr Mazliana Mazlan, MSD Manual

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Azma ML

Share
Published by
Azma ML

Recent Posts

Sedapnya ikan lengat kukus, mudah hanya 4 bahan, tak sedar tambah nasi

IKAN lengat kukus menu yang ringkas sentiasa menjadi pilihan ramai. Sedap dan mudah disediakan, sajian…

57 mins ago

Siapa suka meniru?

Siapa suka meniru? Sekarang ini, ramai orang boleh menjual produk melalui platform digital. Walaupun anda…

1 hour ago

Ini punca mengapa Elizabeth Tan derita penyakit autoimun yang membawa kepada masalah rambut gugur

BARU-BARU ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan perkhabaran kesihatan pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan. Elizabeth…

2 hours ago

Tip simpan buah avokado dengan betul, boleh tahan sampai 8 hari

AVOKADO atau nama saintifiknya Persea Americana digelar sebagai makanan unggul kerana kandungan nutrisi tinggi yang…

3 hours ago

Sedia temui peminat, Ben Nathan bakal tampil single baharu

SETELAH lama menghilang daripada radar dunia hiburan, penyanyi popular era 1980an, Ben Nathan bakal kembali…

3 hours ago

Selepas 50 tahun, bayi perempuan yang diculik pengasuh kembali ke pangkuan keluarga

Selepas 50 tahun, bayi perempuan yang diculik pengasuh kembali ke pangkuan keluarga MELISSA Highsmith muncul…

3 hours ago