SEPERTIMANA yang kita ketahui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengakibatkan perniagaan bazar Ramadan secara fizikal terpaksa dibatalkan pada tahun ini.

Kerajaan hari ini melalui satu kenyataan menegaskan bahawa aktiviti tersebut sama sekali tidak dibenarkan.

Bazar Ramadan secara pandu lalu serta tempah dan ambil dilaksanakan sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP juga dilarang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya sudah meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai cadangan untuk melaksanakan bazar Ramadan dengan cara itu.

“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk melaksanakan bazar Ramadan secara pandu lalu serta tempah dan ambil di Wilayah Persekutuan, berikutan bazar Ramadan tradisional tidak dibenarkan tahun ini susulan kebimbangan penularan Covid-19.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, menjelaskan cadangan konsep tempah dan ambil merangkumi dua kaedah iaitu makanan ditempah diambil sendiri pelanggan di lokasi tertentu dan kedua, diambil oleh pemandu e-hailing dan dihantar kepada pembeli.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, konsep tempah dan ambil melalui e-hailing tidak boleh dibenarkan kerana ia memerlukan gerai beroperasi.

Iklan

“Sebagai contoh, ada 50 bazar dalam satu kelompok dan e-hailing ambil di bazar itu selepas (pelanggan) melakukan pesanan, ini tidak boleh dilakukan sebab bazar tidak dibenarkan beroperasi.

“Bagaimanapun, e-hailing biasa yang ketika ini sudah dilaksanakan iaitu penghantaran (makanan) ke rumah diteruskan seperti biasa,” katanya.

Iklan

Jadi, orang ramai perlu akur dengan tindakan kerajaan dan semua pihak juga perlu memberi sepenuh sokongan supaya wabak jahat ini dapat dihapuskan.

Jadikan Ramadan tahun ini sebagai Ramadan yang mendidik kita agar serba sederhana yang mana itu lebih baik dari kita berlebih-lebihan.

Sentiasa positif dan terus kekal patuh dengan garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan serta #janganputusasamalaysia