Anak-anak terkena gatal & merah mata, ini yang perlu ibu bapa faham, buat

Anak-anak terkena gatal & merah mata, ini yang perlu ibu bapa faham, buat

AKHIR-AKHIR ini, ramai kanak-kanak mengalami merah dah gatal mata.

Seperti satu penyakit berjangkit, cepat sahaja ia menular kepada jiran tetangga.

Seperti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, ramai ibu bapa ke kliniknya membawa anak bergejala merah dan gatal mata.

“Sejak minggu lepas, ramai ibu bapa bawa anak mereka ke klinik saya dengan gejala merah dah gatal mata.

“Kebanyakan kes ini adalah konjunktivitis dan ia dilaporkan sedang meningkat di seluruh negara,” ujarnya.

Konjunktivitis terjadi apabila berlaku radang pada selaput lutsinar yang menutupi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata.

Iklan
Iklan

Biasanya ia disebabkan oleh bakteria, virus atau reaksi alergi.

Baca juga Mata boleh jadi buta, kaki boleh kena potong angkara kencing manis. Anak muda yang ramai menderita penyakit ini

Kredit foto: MyHealth

 

GEJALA

Tanda-tanda konjunktivitis berbeza berdasarkan sebabnya jangkitan bakteria atau virus mahupun alergi (alahan).

Namun, kesemua jenis lazimnya tidak akan menjejaskan penglihatan.

1. Konjunktivitis bakteria

Ia menyebabkan mata merah, keluar cairan pekat hingga kelopak mata sering melekat. Biasanya menjejaskan sebelah mata sebelum merebak ke mata satu lagi, dan berlangsung selama seminggu.

2. Konjunktivitis virus

Ia juga menyebabkan mata merah dan mata berair. Biasanya menjejaskan sebelah mata dan merebak ke mata satu lagi, tetapi boleh berlangsung selama dua minggu atau lebih.

3. Konjunktivitis alergi

Ini pula menyebabkan mata merah, gatal, dan sentiasa berair. Biasanya kedua-dua belah mata terlibat serentak dan boleh diiringi selsema dan gatal hidung. Ia boleh berlaku dalam tempoh panjang.

Baca juga Jangan ambil remeh! Sakit mata beserta kemerahan berisiko buta, ini wanita wajib tahu

Gambar fail.

RAWATAN

Ia bergantung kepada penyebabnya. Punca dan jenis konjunktivitis akan menentukan rawatan yang perlu diberi.

Konjunktivitis bakteria biasanya dirawat dengan antibiotik dalam bentuk titisan atau salap mata. Mencuci mata juga boleh membantu.

Konjunktivitis virus tidak memerlukan rawatan khusus, tetapi mencuci mata dan titisan antibiotik boleh membantu mencegah jangkitan kedua.

Konjunktivitis alergi pula mungkin memerlukan penggunaan ubat alahan dalam bentuk oral untuk mengurangkan ketidakselesaan.

LANGKAH PENCEGAHAN

Konjunktivitis bakteria atau virus mudah menular, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Untuk mencegah penularan;

  • Elakkan daripada menyentuh mata yang dijangkiti.
  • Cuci tangan anda dengan kerap, terutamanya selepas menyentuh mata.
  • Elakkan pergi ke tempat yang sesak dan jangan hantar anak ke sekolah selagi bergejala.
  • Jangan berkongsi tuala muka, kosmetik, atau ubat titis mata.
  • Buang semua ubat titis mata selepas anak anda sembuh.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

1 hour ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

3 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

7 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

8 hours ago

16 tahun kahwin, kejujuran rahsia kebahagiaan Mawi & Ekin.’ Tak pernah kongkong, periksa telefon suami’

16 TAHUN melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau mesra dengan panggilan…

9 hours ago

Isu tanah 2 nama dipindah milik secara tidak sah telah diratifikasi semula, Amar Baharin sedia berunding. ‘Saya setia menunggu…’

BARU-baru ini, pelakon Amar Baharin meluahkan perasaan tidak puas hati berkaitan pemilikan tanah di Semenyih,…

9 hours ago