Awas jangan tertipu! Ikan nampak segar mungkin diawet guna formalin

IKAN adalah antara sumber protein yang menjadi kegemaran kebanyakan keluarga di negara ini.

Ramai diantara kita memilih untuk membeli ikan di pasar atau pasar raya. Kalau ikut pesan ‘emak-emak’ pastikan ikan yang dibeli segar, bermata jernih, insang merah, bila ditekan tidak berbekas.

Tapi zaman ini ada pula yang mengambil kesempatan. Wujud nelayan tidak jujur menjual ikan tidak segar disalut dengan pengawet mayat untuk nampak ‘baru’ dan tahan lama.

Formalin, bahan pengawet berbahaya bersifat karsinogenik yang boleh menyebabkan kerosakan pada organ. Ia juga boleh menyebabkan kanser.

Baca juga: Makan apa sahaja untuk tampung kelaparan selama berbelas jam satu cara salah. Ini sebab-sebabnya

Asmah yang berkongsi tip berkenaan ikan diawet formalin

Seorang pembekal ikan, Asmah Chem

Iklan
Iklan
berkongsi tentang bahaya bahan itu.

“Formalin ialah daripada formaldehyde yang dicairkan. Mengikut kajian International Agency for Research on Cancer (IARC), formalin bersifat karsinogenik (penggalak kanser).

“Kegunaan formalin adalah untuk mengawet mayat dan spesimen di hospital, bahan pengawet pada cat, kaca, perabot dan pelbagai bahan polimer dalam industri.

“Penyalahgunaan formalin sangat berleluasa di Asia sehinggakan mi kuning, tauhu dan ikan masin pun diletakkan formalin supaya tahan lama. Lebih-lebih lagi barang basah seperti hasil laut yang mudah rosak,” katanya.

Menurutnya, di Malaysia kita hanya perlu bimbang akan hasil laut yang dibawa dari luar negara dan ikan-ikan hasil tangkapan laut dalam menggunakan bot besar.

Ini kerana nelayan laut dalam perlu berada di lautan selama satu hingga dua minggu untuk mendapatkan beberapa tan hasil tangkapan hasil laut yang berkemungkinan diawet dengan formalin.

Disebabkan ramai yang belum tahu cara mengenal pasti ikan yang sudah diawet formalin, Asmah menerangkan berpandukan pengalamannya sebagai pemborong/ peniaga ikan dan bekas penyelidik kimia.

Justeru, bagaimana untuk kenal ikan yang diawet dengan formalin? Beberapa ciri berikut boleh dilihat dengan mata kasar iaitu:

1) Kulit ikan berkedut/ tidak licin/ tidak berkilat.

2) Mata ikan cengkung/masuk ke dalam soket mata (ikan berformalin tidak semestinya bermata merah).

3) Insang ikan pucat berwarna coklat cair dan tidak merah.

4) Sisik ikan mudah tertanggal dari badan (ikan2 bersisik seperti merah/jenahak/senangin dan lain-lain).

5) Ikan kelihatan keras, tapi bila disiang perutnya sudah hitam dan busuk.

6) Isi ikan putih pucat, tiada darah mengalir ketika dipotong (ikan besar seperti tenggiri dan lain-lain).

7) Ikan boleh diletakkan di atas meja jualan dengan penggunaan ais minimum. Badan ikan/makanan laut tetap kekal keras dari pagi ke petang. (Ikan tidak berpengawet perlu diletakkan di dalam tong ais untuk mengekalkan kesegarannya).

8) Lalat dan kucing kurang berminat dengan ikan berpengawet walaupun diletakkan di tempat terbuka.

9)Bau – cuba cium bau ikan/makanan laut yang ingin dibeli. Makanan laut segar berbau laut. Jika ada bau kuat menyengat, sah ada formalin.

10) Selepas dibersihkan, ikan yang sudah diawet tidak boleh disimpan dalam tempoh yang lama di dalam peti ais. Ikan tersebut akan kehilangan rasa, isi mudah hancur dan cepat busuk.

Tip paling mudah, kata Asmah boleh bertanya kepada penjual “Ikan bot balik hari ke ni bang? Jeti mana?”

Hakikatnya, hanya sebahagian kecil peniaga sahaja yang sanggup menjual ikan daripada nelayan yang menggunakan bot ‘balik hari’ kerana kos operasi yang tinggi.

Jika tiada pilihan dan terpaksa membeli ikan tidak segar yang dikhuatiri mengandungi formalin gunakan tip ini. Selepas membersihkan ikan, rendam dengan larutan 10 peratus cuka dan air selama 30 minit.

Kemudian bilas dengan bersih. Menurut Asmah, kaedah tersebut boleh mengurangkan kandungan formalin sebanyak 0.109 microgram/ml.

Akhir kata, hidangkan makanan yang sihat dan selamat untuk keluarga tersayang. Jauhi formalin kerana ianya memudaratkan kesihatan.

Baca juga: Hentikan tabiat sapu bedak pada muka anak, sangat bahaya!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Azma ML

Recent Posts

Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak, 6 info berkaitan

[DIKEMASKINI] DUA buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilapor terhempas di Stadium TLDM…

2 hours ago

Sempoi jer stail jutawan pergi umrah, ramai doakan Khairul Aming dapat ibadah mabrur. Netizen sempat kirim doa kurus

NAMPAKNYA ramai selebriti dan pempengaruh media sosial mengambil peluang keemasan selepas minggu raya untuk menunaikan…

3 hours ago

Angeline Tan kongsi gambar bersama ibu raih perhatian. ‘Cantiknya, macam kakak adik. Mak nampak muda & sihat.’

SEJAK Angeline Tan mendirikan rumah tangga bersama pelakon veteran, Sabri Yunus, ramai yang seolah-olah tidak…

4 hours ago

Tunangkan anak 7 tahun kerana ‘berhajat’ di Tanah Suci, bapa dedah dikecam. ‘Jika ia putus, saya serahkan kepada ALLAH’

DITUNANGKAN pada usia tujuh tahun, seorang kanak-kanak perempuan menjadi viral di laman sosial susulan umurnya…

4 hours ago

Berstatus isteri, dua wanita ini nikah lain tanpa pengetahuan suami

  PELIK tapi benar, kisah dua wanita di wilayah Sulawesi Barat tular selepas mengahwini lelaki…

13 hours ago

Iring isteri pertama tunai umrah, Abang Tesla & Aslam jadi perhatian. ‘Wanita-wanita yang ALLAH pilih…’

PEMPENGARUH Abang Tesla dan suami Marissa Dania, Ahmad Salam masing-masing mengiringi isteri pertama menunaikan umrah…

19 hours ago