Banyakkan amal soleh, mohon keampunan, bulan Syaaban amalan tahunan kita diangkat. Usah lepas peluang

Banyakkan amal soleh, mohon keampunan, bulan Syaaban amalan tahunan kita diangkat. Usah lepas peluang

REJAB sudah pun berlalu, hari ini Syaaban 1444 Hijrah pula menjelma. Moga diberi kesempatan oleh ALLAH untuk kita bertemu dengan Ramadan.

Umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan dalam bulan Syaaban.

Pada tahun ini kita menyambut 1 Syaaban pada 22 Februari 2023, Rabu manakala 15 Syaaban (Nisfu Syaaban) pada 8 Mac 2023, Rabu depan.

Ini bermaksud, tarikh malam Nisfu Sya’ban akan disambut pada 7 Mac 2023 (Rabu) selepas masuk waktu Maghrib.

Iklan
Iklan

Kelebihan bulan Syaaban dan malam nisfu Syaaban;

1. Menurut info dari JAKIM, dalam bulan Syaaban ini amalan tahunan kita diangkat malaikat kepada ALLAH SWT.

2. Justeru, kita digalakkan untuk memperbanyak amalan soleh serta memohon keampunan kepada-Nya.

Kelebihan puasa sunat bulan Syaaban;

Baca juga Banyakkan puasa, rebut amalan bulan Syaaban

3. Dalam pada itu, umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak puasa sunat dalam bulan Syaaban.

Niatnya: نويت صوم شهر شعبان سنة لله تعالى

“Nawaitu sauma syahri sya’ban sunnatan lillahi Ta’ala.”

Maksudnya : Sahaja aku niat puasa sunat bulan Sya’ban kerana ALLAH Ta’ala.

Hadis Riwayat an-Nasai No: 2317, Status: Hasan yang bermaksud:

“Bulan Rejab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadan waktu menuai hasil”.”

Jadi, ayuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal soleh di bulan Syaaban ini.

Sementara itu, ini doa-doa yang boleh diamalkan sepanjang bulan Syaaban;

Jom kita sama-sama memperbanyakkan doa-doa ini ketika di bulan Rejab dan Syaaban, semoga Allah swt kurniakan buat kita kekuatan dan kembalikan semula penghayatan kita untuk lebih giat beribadah nanti di bulan ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, insya-ALLAH.

Baca juga Makruh puasa selepas pertengahan bulan Syaaban?

Doa 1

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya ALLAH, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadan.”

Doa 2

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksdunya: “Ya ALLAH, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”

Mintalah juga pada ALLAH SWT agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada ALLAH SWT pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima ALLAH SWT.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

1 hour ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

3 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

7 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

9 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

13 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

14 hours ago