SEPERTI yang diketahui umum, sejak 8 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenakan tindakan kompaun berjumlah RM1,000 terhadap mana-mana individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terbaru, seorang Petugas Pejabat Kementerian Kesihatan berkongsi kisah di laman Facebooknya beberapa jam yang lalu selepas menerima bayaran kompaun daripada seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada anaknya yang telah dikompaun.

Lelaki itu mendakwa anaknya telah didenda oleh PDRM ekoran mengingkari arahan PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurut posting yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Siti Rohaiza, bayaran itu dilakukan dengan sejumlah helaian duit kertas RM1 dan lebihan duit syiling sehingga menimbulkan persoalan buat dirinya.

Demi mencari jawapan, wanita tersebut bertanya lelaki berkenaan dan jawapan yang diberi oleh lelaki itu sangat mengejutkan.

Bapa terpaksa ‘korek tabung’ bayar denda PKP anak!

“Yang kena anaknya berumur 18 tahun. Jenuh Iza nak mengira. Bila ditanya jawapannya
korek tabung. Sentap hati ni dengar,” tulisnya di Facebook.

Terkesan dengan kejadian berkenaan, beliau berpesan serta menasihati golongan yang masih belum tiada pendapatan agar duduk di rumah dan tidak perlu menghabiskan wang ibu bapa untuk membayar denda PKP.

Iklan

“Janganlah mengada-ngada nak lepak-lepak dengan kawan-kawan bagai. Jangan mengada konon tunjuk hero naik motor merayap sana sini. Sekali kena nah kau susahkan mak bapa. Korang ingat senang nak cari duit,” tulisnya lagi.

Posting berkenaan mendapat 1,300 perkongsian dan menerima pelbagai reaksi netizen yang kecewa dengan sikap degil remaja tersebut menyebabkan orang tuanya terpaksa mengeluarkan simpanan demi membayar denda akibat perbuatan itu.

Iklan

Jadi, jangan susahkan orang lain terutama ahli keluarga dengan kedegilan anda. #juststayathome #janganputusasamalaysia

Sumber : Facebook Siti Rohaiza