Bawah 55 tahun, belum kahwin pun layak, 8 info ringkas caruman SKSSR wanita perlu tahu

BERITA baik buat kaum wanita, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2022 akhirnya menjadi menjadi kenyataan.

SKSSR akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 1 Disember 2022 selepas Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.

Baca juga: Tanda kasih buat isteri, suami prihatin hadiahkan caruman SKSSR, 7 info wanita perlu tahu

Baca juga: Nampak biasa tapi rasailah, suami isteri cuba amal 4 pengikat kasih sayang ini

Jika i-Sayang yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan peluang suami membuat pemindahan sukarela sebanyak dua peratus caruman KWSP kepada akaun isteri, SKSSR Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bertujuan mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial kepada suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu, meningkatkan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah

Iklan
Iklan

Skim ini bertujuan untuk menjaga kebajikan dan melindungi golongan suri rumah apabila berlaku bencana domestik serta apa-apa penyakit yang menjejaskan keupayaan suri rumah dalam menguruskan rumah tangga.

 

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata kerajaan mengiktiraf peranan suri rumah dalam ‘care economy’ yang turut membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Baca juga: Suami tampal nota maaf memandu perlahan bawa isteri baru bersalin ‘czer’ buat ramai terharu

Beliau juga menegaskan bahawa Kementerian Sumber Manusia bersungguh-sungguh dalam memastikan tiada golongan yang yang terpinggir dari mendapat perlindungan keselamatan sosial di negara ini.

Apakah SKSSR? Berikut lapan maklumat ringkas mengenainya:

1-Menurut Datuk Seri M Saravanan, wanita terdedah kepada risiko bahaya semasa menguruskan hal-hal rumah tangga. Kira-kira 5 juta wanita di Malaysia masih belum mempunyai liputan perlindugan sosial.

2-SKSSR yang akan dilaksanakan oleh PERKESO tidak lama lagi bertujuan menjaga kebajikan dan melindungi golongan ini daripada bencana domestik dan keilatan.

3-Siapa yang berhak mendapat perlindungan SKSSR? PERKESO mentakrifkan suri rumah sebagai wanita berkahwin atau belum berkahwin yang menguruskan rumah tangga secara separuh masa atau sepenuh masa.

Baca juga: Wanita Mat Salleh tular, ‘lebih Melayu’ daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Baca juga: Mulianya hati pasangan suami isteri ini, beri percuma nasi bajet RM2 untuk bantu orang susah

Wanita bujang juga layak mencarum SKSSR, syaratnya mereka menguruskan rumah tangga secara separuh masa atau sepenuh masa

4-Ia termasuk isteri, janda, balu yang perkahwinannya berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis, ibu yang mempunyai seorang atau lebih anak dan ibu tunggal.

5-Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.

6-Belum mencapai umur 55 tahun.

7-Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga.

8-Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu (advance payment).

Baca juga: Sanggup jalan kaki pulang ke kampung, percubaan ‘berani mati’ pasangan suami isteri, dua anak kecil buat ramai tergamam

Menurut laman sosial Facebook rasmi PERKESO, buat masa ini, maklumat lanjut berkaitan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah belum dikeluarkan lagi.

Sebarang maklumat dan persoalan berkaitan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi PERKESO dari semasa ke semasa.

Semoga SKSSR memberikan manfaat kepada golongan suri rumah dan menjamin keselamatan sosial termasuk kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan.

Baca juga: Insurans hayat, penyakit kritikal, ini 10 fakta berkenaan i-Lindung wanita wajib tahu

Baca juga: i-Sayang, i-Lindung bakal dilancar 2022, ini 5 fakta mengenainya

Sumber: Facebook PERKESO

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

5 mins ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

3 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

3 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

4 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

9 hours ago