Bayaran balik PTPTN melalui Shopee siap boleh guna Coins, ini caranya

PLATFORM membeli belah online Shopee kini telah menjadi medium utama pilihan rakyat Malaysia.

Gedung e-dagang terkemuka negara itu menjadi kegemaran dek kerana sentiasa mengadakan kempen jualan gila-gila, promosi hebat serta pelbagai tawaran menarik termasuk pulangan tunai.

Bukan itu sahaja, berita baik buat peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang kini mempunyai kaedah terbaru untuk bayar balik hutang PTPTN secara mudah iaitu pembayaran secara online dengan menggunakan platform Shopee.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ya, selain daripada shopping di Shopee, kini korang juga boleh hutang pendidikan PTPTN. Lebih senang, pantas dan pastinya korang sudah biasa dengan platform tersebut.

Iklan
Iklan

Mungkin sebelum ini, korang biasa buat bayaran secara potongan gaji atau menggunakan perbankan online dan apa kata korang cuba pula menggunakan Shopee.

Kenapa nak bayar guna Shopee? Mungkin korang dah kumpul banyak Shopee Coins. Inilah masanya menggunakannya. Buat bayaran PTPTN dengan tebus menggunakan Shopee Coins.

Cara-caranya;

Untuk menggunakan kaedah ini, korang tidak perlu daftar apa-apa. Hanya perlu sediakan nombor kad pengenalan sahaja.

LANGKAH 1

Pergi ke aplikasi Shopee (KLIK SINI), klik pada ikon Ticket, Top-ups & Bills > pilih PTPTN

LANGKAH 2

Di sini terdapat 3 pilihan, pilih Bayaran Balik Pinjaman. Kemudian masukkan nombor MyKad dan tekan ‘Checkout’

*Selain daripada bayar PTPTN, boleh buat bayaran untuk Simpanan SSPN Prime dan SSPN Plus menggunakan Shopee

LANGKAH 3

Di sini akan terpapar maklumat jenis akaun dan juga tahap pendidikan berdasarkan nombor MyKad tersebut. Masukkan jumlah yang ingin dibayar. (Min: RM10; Max: RM999).

Baca juga Usah tularkan lokasi hidupan liar di media sosial, bimbang jadi sasaran pemburu haram

LANGKAH 4

Akhir sekali, akan dipaparkan semua maklumat untuk korang semak terlebih dahulu sebelum buat pembayaran.
Disini korang boleh tebus Shopee Coins. Lebih jimat. Caj RM1 akan dikenakan bagi setiap transaksi.

Jika sudah lengkap semuanya, teruskan bayaran seperti biasa dengan klik pada ‘Pay Now’.

Selesai! Mudah kan… semoga bermanfaat.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

4 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

4 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

5 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

7 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

10 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

11 hours ago