USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad sekali lagi mengundang kontroversi apabila videonya bergelut untuk mencium Hajar Aswad menjadi viral.
Menerusi video itu, Hafiz dilihat berusaha mencium batu berkenaan sehingga kain ihramnya terlondeh dan menampakkan bentuk badan.
Jelas anak jati Kelantan itu, beliau berbuat demikian sebagai usaha merealisasikan impian kakitangan yang menyatakan hasrat kepada isterinya untuk mencium Hajar Aswad ketika berada di kota suci Makkah.
“Alhamdulilah, semoga jadi kenangan untuk team semua.
“Datanglah ke bumi ALLAH, akan hadir semangat dan kekuatan hati,” titipnya.
Tindakan berkenaan menerima teguran daripada warga maya yang kebanyakannya mengecam selain perbuatannya mendedahkannya ke laman sosial.
Baca juga: Bantu orang ramai memerlukan, Hafiz Mahamad sedia 10 bas balik raya
Malah hadir warganet yang menjelaskan mencium Hajar Aswad hanyalah sebagai sunnah dan sebolehnya dilakukan tanpa memudaratkan jemaah lain.
– “Saya khuatir kalau non Muslim tengok. Islam itu mudah, agama kasih sayang tetapi kalau sudah berebut macam tu, mana kasih sayangnya.”
– “Tolong bezakan perkara sunat, wajib dan haram. Kucup Hajarul Aswad itu sunat, menyakiti orang lain itu haram dan perkara ini tidak perlu post.”
– “Maaf cakap, jika hendak beribadah kena bawa adab beribadah.”
– “Sunat sahaja cium Hajarul Aswad. Kalau memudaratkan tak perlulah.”
Dalam pada itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri berkongsi teguran berkaitan ibadah umrah yang seolah-olah sebagai pelancongan kerohanian sejak kebelakangan ini.
“Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat.
“Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram. Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dr Zulkifli menegur perbuatan merakamkan gambar dan video adalah tidak sesuai dan merugikan.
“Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya.
“Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah trend yang merugikan itu,” katanya.
Tambah beliau lagi, menjadi tetamu ALLAH di tanah suci adalah demi meraih reda dan keampunan-NYA.
“Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada ALLAH, termasuk doa-doa kepada-NYA.
“Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan masa untuk mencipta content!” kongsi beliau.
Menyentuh Hajar Aswad tidak salah, namun perbuatan bergelut hingga memudaratkan dan merakamkannya agak tidak sesuai. Diharapkan perkara ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Sumber: IG Hafiz Mahamad, X Dr Zulkifli Albakri
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
BERITA mengenai Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau terdahulu disebut sebagai Akaun 3…
TARIKH 12 Mei 2024 diraikan sebagai sambutan hari ibu, ramai yang mengambil kesempatan meraikan dan…
SEBAGAI selebriti yang sentiasa menjadi spotlight ramai, sudah tentunya Scha Alyahya sangat menjaga penampilan diri…
PENGALAMAN menempuhi kehidupan serba kekurangan sewaktu kecil dahulu antara pembuka jalan wanita hebat bernama Mila…
ANAK gadis bekas penyampai radio dan pengacara popular, Halim Othman iaitu Myra Natasya, 29, mendedahkan…
SUPERMODEL, Bella Hadid memutuskan untuk berundur daripada dunia peragaan dan memulakan kehidupan baharu di…