PELBAGAI program yang disusun memberikan kelebihan kepada semua golongan di bawah Belanjawan 2021.

Sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan bagi menyalurkan RM100 kredit e-tunai bagi setiap belia yang layak. Kerajaan telah menambahbaik inisiatif ini dengan peruntukan tambahan sejumlah RM100 juta di bawah keseluruhan peruntukan bagi program ini sebanyak RM300 juta.

 

Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta

Korang yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai. Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.

Siapakah yang layak memohon program eBelia? Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan iaitu mencapai umur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003).

Pelajar sepenuh masa peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat juga layak.

Data belia akan disemak silang dengan Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.

Permohonan dan semakan E-Belia ini boleh dibuat dengan langkah-langkah ini;

1. Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet

2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik

3. Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan tekan “Hantar”

4. Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya dan akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-tunai
pilihan setelah membuat permohonan di halaman eBelia dalam aplikasi e-tunai tersebut.

Iklan

Bagi penerima yang layak, korang hanya boleh menuntut kredit eBelia daripada satu penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBelia.

Terdapat empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch n Go eWallet.

Sekiranya korang memenuhi kelayakan eBelia dan telah melalui proses verifikasi elektronik Know-YourCustomer (eKYC), korang akan menerima RM150.00 secara one-off ke dalam e-tunai pilihan anda dalam masa tiga hari dari tarikh permohonan. 

Iklan

Adalah diingatkan  tarikh luput kredit tersebut ialah sehingga 31 Julai 2021. Semoga dapat dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang berfaedah pada waktu genting Covid-19 ini.

Sumber: www.belanjawan2021.treasury.gov.my