DALAM bulan Ramadan ini, pastinya kita inginkan kesempurnaan dalam beribadah. Menjaga kebersihan adalah sesuatu perkara yang dituntut dalam kehidupan kita.

Selain pakaian beribadah, tempat solat juga perlu bersih. Ini termasuklah sejadah. Sinar Plus nak kongsikan cara mencuci sejadah agar bersih dan tanpa merosakkan kualitinya.

Pertama sekali anda perlu lihat label dan pastikan jenis sejadah tersebut. Ini kerana bagi mengelakkan kualiti sejadah mudah rosak, cucian perlu betul dan mengikut label pada sejadah.

Sekiranya sejadah anda adalah daripada bahan sutera atau daripada bahan lembut, disarankan untuk mencuci secara dry clean. Ini kerana dua bahan ini akan mudah rosak jika dicuci dengan menggunakan air dan detergen biasa.

Selain itu, jika sejadah anda mempunyai kotoran yang banyak atau jelas kelihatan anda perlulah membersihkan kawasan kotoran itu dengan mengunakan cecair pembersih kotoran. Biarkan ia selama 30 minit.

Selepas itu, barulah anda rendam keseluruhan sejadah dengan air dan detergen selama satu jam. Pastikan air mencukupi untuk merendam keseluruhan sejadah agar semuanya tenggelam.

Apabila selesai direndam, bilas dengan air bersih. Kemudian, gulung sejadah itu sehingga air berkurang. Jangan diperah secara berpusing kerana ia akan merosakkan tekstur sejadah.

Iklan

Akhir sekali adalah cara untuk menjemurnya. Seelok-eloknya keringkan sejadah dengan angin sehingga tiada titisan air.

Kemudian, barulah dibentangkan di bawah matahari. Jangan terus dibentangkan dan dijemur di bawah cahaya matahari yang terlalu terik kerana sesetengah sejadah akan cepat lapuk apabila terkena matahari.

Iklan

Inilah cara membersihkan sejadah. Jom sama-sama kita bersihkan sejadah.

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: liputan6 dan zazahardyinsaudi