MENJEMUR pakaian semasa musim hujan memerlukan masa yang lama untuk kering. Apabila kering kadang-kadang berbau hapak pula.

Bagi yang ada mesin pengering mungkin tiada masalah tapi bagi yang tak ada, anda boleh praktikkan cara ini.

1.Gunakan pewangi/ Pelembut pakaian ketika mencuci

Ini adalah bagi memastikan baju tidak berbau busuk walaupun dalam keadaan lembab. Tuangkan lebih sedikit daripada biasa, biar bau wangi ini melekat.

2.Kibas pakaian supaya tidak renyuk dan berlipat

Sejurus keluar daripada mesin basuh, kibas pakaian sehelai demi sehelai. Ini bagi memastikan tiada bahagian yang terlipat. Kerana bahagian yang terlipat mungkin akan melambatkan proses pengeringan.

3.Gunakan penyangkut baju/ hanger

Lebih mudah jika digunakan hanger. Kemudian jarakkan ruang antara jemuran agar aliran udara mudah masuk untuk mengeringkan setiap helai jemuran.

4.Asingkan pakaian tebal dan nipis

Sudah tentu pakaian lebih tebal akan mengambil masa yang lebih lama untuk kering, jadi seeloknya asingkan siap-siap supaya mudah untuk diuruskan.

5.Jangan tindan

Iklan

Elak menjemur pakaian secara rapat atau bertindan kerana menghalang aliran udara seterusnya melambatkan pengeringan. Berikan jarak termasuklah jika menggunakan penyangkut baju.

6.Susun besar atas, kecil bawah

Bila menggantung pakaian, susun pakaian saiz kecil di bahagian bawah dan pakaian lebar di atas supaya setiap pakaian terkena aliran udara.

7.Manfaatkan kipas angin

Iklan

Jika tiada pilihan untuk tempat yang terbuka, boleh juga gunakan kipas angin sebagai alat membantu mengeringkan pakaian.

Itulah beberapa cara untuk mengeringkan pakaian agar cepat kering pada musim hujan yang boleh anda amalkan di rumah. Sangat mudah dan praktikal untuk menjaga kualiti pakaian anda. Semoga bermanfaat.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH