Cara mudah atasi masalah tahi cicak di rumah, guna tiga bahan ini

KADANGKALA dalam mengemas kediaman, perkara yang paling jengkel ialah membersihkan najis cicak.

Boleh jadi rosak ‘mood’ bila lihat najis cicak bertaburan di bahagian tepi tingkap dan atas perabot berdekatan dengan dinding. Bukan sahaja menggelikan, tetapi ‘merosakkan’ dekorasi rumah.

Bagaimana caranya untuk menghadapi isu sisa cicak ini kerana kerja menyental najisnya bagaikan tiada kesudahan.

Baca juga: Biasa hadapi banjir, lelaki Pantai Timur kongsi 7 peralatan mudahkan proses cuci rumah

Justeru cara yang paling tuntas ialah dengan mengelakkan kehadiran haiwan itu di rumah. Petua dikongsikan pengguna Facebook Hani Mynis boleh korang diamalkan. Berikut perkongsiannya:

Biodata cicak

-Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.

Iklan
Iklan

-Pemangsa cicak: burung

-Habitat cicak : Tempat yang hangat, belakang almari, belakang TV, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.

– Kesukaan cicak ialah persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya timbunan surat khabar dan baju.

-Cicak tidak menyukai bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka dan ubat gegat.

Berdasarkan profil cicak di atas, saya kongsikan senaraikan 10 cara nak elakkan cicak ‘berkampung’ di rumah.

1.Hilangkan bekalan makanan cicak iaitu kita uruskanmasalah nyamuk dan semut yang banyak di rumah. Gunakan racun semut (yang dijual sepaket RM1) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanannya tiada, secara automatik cicak akan berkurangan atau langsung tiada.

2. Cicak takut kepada burung. Justeru sediakan jejak burung seolah-olah ada burung kat rumah kita dengan cara seperti meletakkan beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana-mana tempat cicak masuk.

3. Lekatkan bulu pelepah burung berhampiran tempat masuk cicak.

4. Disebabkan cicak suka ‘lepak’ di belakang almari, di sebalik bingkai cermin dan dinding, semasa nenyusun atur perabot jangan rapatkannya pada dinding. Pastikan ada jarak sekurang-kurangnya 10 sentimeter (cm) dari dinding.

5. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup.

6. Elakkan suka melonggok barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama.

7. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi langkah ini perlu dilakukan berhati-hati. Tukar bawang selang tiga hari untuk mengelakkan ia membusuk.

8. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Namun laci atau kabinet menyimpan makanan tidak digalakkan diletakkan ubat gegat.

Selain itu, korang disarankan menyembur larutan ‘penghalau’ cicak ini, Cara membuatnya mudah, hanya menggunakan tiga bahan seperti berikut;

Bahan-bahan

1/3 cawan cuka makan
1/3 cawan air
1/3 cawan cecair pencuci pinggan

Langkah-langkah

Campurkan semua bahan ini dan kacau sebati. Masukkan ia ke dalam botol penyembur dan semburkan pada kawasan yang biasa menjadi lokasi tumpuan sisa cicak dan tempat persembunyiannya.

Ruang tepi tingkap, permukaan meja makan, kaunter kabinet adalah antara sudut yang sering menjadi sasaran cicak.

Semburan ini juga boleh digunakan untuk menghalau semut.

Dalam membersihkan tahi cicak pula, korang perlu memastikan kawasan yang terkena najis itu bersih daripada sebarang kesan yang ditinggalkan oleh najis tersebut.

Jika mop dengan menggunakan air sabun, maka ia perlulah dibilas dengan air mutlak sehingga kesan-kesan najis pada tempat berkenaan hilang.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Jangan cuci dulu, tangkap gambar, berikut 5 tip buat tuntutan insurans kenderaan selepas banjir

Jom follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: Hani Mynis

Share
Azma ML

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

2 hours ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

4 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

8 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

10 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

14 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

15 hours ago