CILI kisar merupakan antara bahan masakan utama yang sering digunakan oleh semua tukang masak.

Cili kisar ada yang readyamde dan ada juga homemade. Cili kisar buatan sendiri ini sering dibuat oleh suri rumah kerana ia jauh lebih sedap berbanding dengan cili kisar readymade.

Tetapi apabila membuat cili kisar sendiri, apa yang paling rumit ialah hendak membuang biji cili kering. Ia bukanlah proses yang mudah kerana memakan masa yang lama.

Jika tidak dibuang bijinya, tidak bagus untuk kesihatan dan boleh mengjidap penyakit apendiks.

Namun ada cara yang senang boleh digunakan untuk membuang biji cili ini.

Cara mudah buang biji cili kering:

Pertama sekali, rebus cili di dalam periuk atau kuali sehingga cili lembut. Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting untuk potong cili. Potong menggunakan gunting adalah sangat mudah ketika ini kerana cili sudah lembut dan ringan.

Cara mudah buang biji cili kering, tak perlu proses yang susah!

Apabila semua cili telah siap dipotong dan rehatkan sebentar. Biji cili sudah banyak yang dah dikeluarkan.

Cara mudah buang biji cili kering, tak perlu proses yang susah!

Kemudian sediakan satu besen yang berisi air. Ambil satu tapis yang berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.

Iklan

Cara mudah buang biji cili kering, tak perlu proses yang susah!

Di dalam besen, goyangkan penapis dalam bentuk bulatan ke atas ke bawah. Anda akan dapat lihat semua biji cili jatuh ke bawah dan cili masih berada di atas penapis. Ulang langkah ini sehingga selesai. Kalau tiada penapis, guna bakul pun boleh, janji lubangnya besar.

Cara mudah buang biji cili kering, tak perlu proses yang susah!

Iklan

Jangan risau memang akan ada biji cili sikit lagi, memang kena ada kalau tidak sambal anda tak pedas langsung.

Kalau tak pedas bukan samballah kan. Selamat mencuba!

Sumber: Mama G Food Industries
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif