Cara tukar duit rosak di BNM, tak semua duit rosak hilang nilai

KERTAS yang paling tinggi nilainya adalah duit! Setuju tak? Mestilah setuju kan.

Namun bila duit rosak, ramai yang pilih untuk simpan sahaja dan akhirnya mungkin ‘terbuang’ begitu sahaja. Tahukah korang tidak semua duit rosak itu hilang nilainya.

Ramai dalam kalangan kita yang beranggapan duit rosak hanya boleh ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja.

Kita sebenarnya boleh menukar duit yang rosak tersebut di bank-bank komersial (Maybank, CIMB, RHB etc) selain dari BNM.

Namun, terdapat juga kes-kes yang mana wang kertas yang rosak teruk seperti terbelah dua, terbakar teruk dan duit tersebut tidak dapat dilihat denominasinya, adalah lebih baik untuk kita rujuk ke BNM.

‘Mata Wang Sesuai’ ialah wang kertas atau duit syiling yang memenuhi kriteria dan standard kualiti untuk dikekalkan dalam edaran.

Wang kertas atau duit syiling tulen Malaysia dianggap tidak sesuai untuk edaran semula sekiranya ia mempunyai salah satu daripada kriteria ‘duit rosak’ yang ditetapkan oleh BNM.

Kriteria “Duit Syiling Rosak”:

1. Kakis


Sebahagian atau keseluruhan permukaan duit syiling rosak teruk atau terkakis secara kekal akibat tindak balas kimia.

2. Berlubang


Terdapat sekurang-kurangnya satu lubang yang ketara pada mana-mana permukaan duit syiling.

3. Kemek


Duit syiling yang kemek akibat ketukan, tetapi tidak relai.

Iklan
Iklan

4. Pecah


Duit syiling yang pecah kepada beberapa bahagian.

5. Potong


Duit syiling yang dipotong dengan menggunakan objek tajam seperti pisau atau gunting.

6. Terbakar


Kerosakan akibat terbakar yang menyebabkan rupa duit syiling berubah dan menjadi kusam.

7. Kotor


Perubahan pada warna duit syiling disebabkan haus, lusuh dan kotor, contohnya duit syiling berwarna hitam.

8. Syiling Ganjil


Rupa bentuk duit syiling yang ganjil berlaku semasa proses penempaan.

Kriteria “Wang Kertas Rosak”:

1. Kotor / Lusuh


Kekotoran yang menyeluruh atau tompokan yang terdapat dipermukaan wang kertas.

2. Lembik


Lipatan berlebihan yang menyebabkan kerosakan pada struktur atau tekstur wang kertas.

3. Renyuk


Lipatan secara rawak yang banyak meliputi keseluruhan wang kertas yang (Pengecutan menyebabkan keadaan visual wang kertas itu terjejas teruk (termasuk Wang Polimer) pengecutan wang polimer akibat terlalu terdedah kepada kepanasan).

4. Conteng


Wang kertas yang mempunyai perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan yang dilakarkan di permukaan wang kertas dengan sengaja.

5. Luntur Warna


Luntur warna pada sebahagian atau keseluruhan wang kertas seperti telah dibasuh atau terkena bahan kimia.

6. Koyak


Wang kertas yang terkoyak sebarang saiz atau dari mana-mana hala yang melebihi saiz 5mm pada mana-mana bahagian wang kertas.

7. Berlubang


Wang kertas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu lubang yang saiznya melebihi 5mm (lubang dawai kokot dan lubang jarum boleh diterima).

8. Ubah suai


Bahagian-bahagian wang kertas yang sama dicantum semula dengan menggunakan pita perekat atau glu.

9. Lipatan bucu


Lipatan bucu yang kekal dan tidak boleh dipulihkan, yang menyebabkan panjang atau lebar wang kertas tersebut berkurang melebihi 5mm.

10. Terbakar / Dimakan Anai-anai


Kerosakan yang disebabkan terbakar atau dimakan anai-anai pada mana-mana bahagian yang melebihi saiz 5mm.

11. Cantuman Wang kertas


Wang kertas sama yang terpisah kepada beberapa bahagian dan hanya beberapa bahagian dicantumkan; atau beberapa bahagian daripada wang kertas yang berlainan yang dicantumkan.

12. Hilang ciri-ciri keselamatan


Salah satu atau lebih ciri keselamatan didapati hilang atau rosak apabila diperiksa secara manual (visual).

Penilaian untuk nilai muka (denominasi) duit Rosak:

1.Wang Kertas Cacat

Wang kertas yang keadaan fizikalnya telah berubah, sama ada secara tidak sengaja dicemari dengan air, minyak, cat, dakwat atau bahan yang serupa atau kehilangan sebahagian atau beberapa bahagian daripadanya.

Ini tertakluk kepada bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu adalah pada asalnya sebahagian atau beberapa bahagian daripada satu helai wang kertas yang tunggal.

Terdapat tiga kategori nilai penebusan bagi wang kertas cacat seperti yang berikut :

(i) Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau;

(ii) Nilai separuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau;

(iii) Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada wang kertas yang asal.

2.Wang Kertas Rosak

Wang kertas yang terdapat padanya perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan, karikatur sama ada ditulis atau ditanda di atas permukaannya secara sengaja.

(i)Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang mempunyai kerosakan kecil.

(ii) Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang rosak dengan sebarang cara yang nyata (iaitu, tanda yang dibuat di atas potret Yang DiPertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas itu sebagai kad jemputan/pad tulis).

3.Duit Syiling Cacat

Nilai muka akan diberikan sekiranya duit syiling itu memenuhi syarat-syarat berikut:
• Duit syiling tulen
• Rupa bentuknya dapat dikenalpasti
• Cacat atau calar yang tidak disengajakan atau haus

4.Kes-kes yang meragukan

Sebarang kes yang meragukan yang menyukarkan penilaian dibuat disebabkan wang kertas itu dalam keadaan yang sudah rosak (sebagai contoh, satu helai wang kertas yang terbakar dengan teruk atau kerosakan pada wang kertas yang sukar menentukan saiznya) hendaklah dirujuk pada BNM untuk penilaian.

Wang Bagaimanakah sesuai untuk digunakan di dalam edaran?

Wang kertas Malaysia dianggap sesuai untuk edaran semula apabila memenuhi semua kriteria berikut:

• Tulen dan bukan palsu
• Tidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanya
• Bersih secara keseluruhannya dan tidak terlalu kotor
• Warna yang tidak luntur, terutamanya pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
• Tidak berconteng

Duit syiling Malaysia dianggap sesuai untuk edaran semula apabila memenuhi semua kriteria berikut:

• Tulen dan bukan palsu
• Tidak kotor atau berubah warna (akibat tindak balas kimia, terbakar, kotoran atau terlalu lama dalam edaran)
• Tidak cacat (contohnya berlubang, kemek, dipotong atau hilang sebahagiannya)
• Tidak ganjil

Sumber: Malaysiancoin.com

Share
Meen

Biodata Penulis

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

5 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

6 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

6 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

7 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

8 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

12 hours ago