Covid-19 : Doktor hamil 30 minggu masih bertugas di hospital

Covid-19 : Doktor hamil 30 minggu masih bertugas di hospital
April 14, 2020
Faizul Hakimi

RAMAI sedia maklum barisan hadapan menangani Covid-19 terdiri dalam kalangan kakitangan petugas kesihatan dan perubatan sama ada di hospital, klinik kesihatan dan di medan luar dengan pasukan bergerak kesihatan melakukan persampelan dan disinfeksi di tempat tertentu.

Justeru, kita mendapati benteng depan ini mempunyai seribu satu pengalaman yang boleh dikongsikan untuk pembaca.

Mereka seumpama berhadapan dengan musuh yang tidak terzahir oleh pandangan mata yang kini gigih bertungkus lumus membendung gejala wabak yang menyerang dunia ini.

Meskipun dalam apa jua keadaan, para petugas ini cekal berada di hadapan kita untuk merawat dan melindungi negara daripada wabak pembunuh ini.

Baru-baru ini, tular sekeping gambar yang dikongsi di laman Facebook memaparkan seorang doktor yang sedang hamil masih lagi menabur bakti buat negara biarpun bakal melahirkan kandungannya tidak lama lagi.

Dikatakan, usia kandungan beliau kini sudah mencecah 30 minggu namun beliau tetap cekal menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan demi membanteras penularan wabak yang dipanggil Covid-19.

Foto doktor tersebut telah mengundang pelbagai reaksi warganet, rata-rata mendoakan agar ibu dan kandungan selamat.

Antara komen positif yang diberikan dan diucap terhadap bakal ibutersebut adalah seperti :

“Allahuakbar…semoga Allah sentiasa merahmati kamu dan anak kamu serta barisan hadapan di dunia dan akhirat..aaminn. (Haslinda Samad)

“Ibu dan anak sama kuat berjuang dibarisan hadapan semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. (Sue Nik)

“Allah besarnya pengorbanan petugas-petugas kita. Semoga Allah permudahkan segalanya buat doctor dan petugas-petugas lain.. dengan niat kerana Allah SWT maka permudahkanlah dan pahalanya sangat besar. Aamin. (Raisyah Daud)

Covid-19 : Doktor hamil 30 minggu masih bertugas di hospitalSememangnya, segala keringat perih mereka ini tidak terhitung nilainya. Justeru, kita sebagai rakyat perlulah bersama-sama berjuang demi memulihkan semula negara kita daripada Covid-19.

Jadi, #janganputusasamalaysia #juststayathome

Komen

About Faizul Hakimi

Biodata Penulis