SEJAK menularnya wabak pembunuh yang dikenali sebagai Covid-19, antara individu yang mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau antara barisan tulang belakang negara yang mana setiap hari rakyat dan wartawan ternanti-nanti kemunculannya untuk mengumumkan status serta laporan harian kes wabak tersebut.

Ketenangan, kematangan dan sikap profesionalisme individu ini dalam melaksanakan tanggungjawab beratnya cukup terserlah.

Rakyat Malaysia dilihat terus bersyukur kerana kerajaan dilihat cekap mengatasi pelbagai masalah dan mengemukakan pelbagai inisiatif kepada penduduk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung.

Hari ini dilaporkan, Dr Noor Hisham telah dinobatkan antara tiga doktor terbaik yang cekap menghentikan penyebaran wabak Covid-19 di dunia yang dilaporkan oleh China Global TV Network.

China Global TV Network juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia sangat beruntung memiliki pemimpun sepertinya.

Hingga ke saat ini, Dr Noor Hisham berjaya membuktikan beliau dan anak buahnya di Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memberikan yang terbaik untuk rakyat dan terus berkhidmat untuk negara.

Iklan

Selain beliau, Dr Anthony Fauci dari Amerika dan Ashley Bloomfield dari New Zealand juga dinobatkan antara tiga doktor yang terbaik dan komited dalam mengatasi wabak Covid-19 sekaligus menjadi mata dan telinga untuk rakyat di negara masing-masing.

Malah, Dr Noor Hisham turut dipuji kerana komited dalam tugas dan sering mengwar-warkan maklumat terkini menerusi platform media sosialnya sendiri.

Iklan

Walaupun sudah lanjut malam, beliau dilihat masih memuat naik maklumat penting dan kesedaran kepada orang awam.

Tahniah Datuk. Rakyat Malaysia sesungguhnya berbangga! Terima kasih.