SEPERTI ramai sedia maklum, tempoh PKP kini dilanjutkan lagi selama 14 hari yang mana ia dijangka berakhir sehingga 28 April.

Perkara tersebut pasti mengundang resah dan kebimbangan si ibu dan juga si bapa yang mempunyai anak di institusi pengajian tinggi (IPT).

Benar, sepanjang tempoh PKP fasa pertama dan kedua; kebajikan mereka terjaga. Diberi makanan dan tempat tinggal seadanya.

Tambahan pula Ramadan yang bakal tiba kurang dua minggu lagi, sudah tentu ibu bapa resah dan simpati memikirkan nasib yang bakal ditanggung oleh anak mereka.

Malah bagi pelajar sendiri pastinya gundah-gulana memikirkan situasi ini memandangkan kini hampir sebulan mereka menginap di kampus dengan pergerakan yang terhad dan terbatas.

Ramai pihak juga kini menggesa sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu susulan lanjutan tempoh PKP selama dua minggu.

Ada relevannya pelajar di IPT dibenarkan pulang tetapi biarlah bersyarat.

Sungguhpun kebimbangan dan keperluan untuk memenuhi saranan kerajaan bagi memutuskan rantaian jangkitan, tetapi pasti ada mekanisme yang sesuai bagi meleraikan isu ini.

Seperti saranan ibu yang mempunyai anak yang didakwa masih ‘dikurung’ sehingga kini, ada kewajarannya pihak IPT melakukan saringan awal kepada pelajar sebelum mereka dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga.

Iklan

Lebih-lebih lagi menjelang bulan puasa nanti, pasti pelajar turut merindui untuk luangkan waktu bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.
Namun, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju dengan keputusan kerajaan agar 80, 000 mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta untuk kekal berada di lokasi masing-masing sepanjang tempoh PKP.

Menerusi satu kenyataan, kementerian itu bagaimanapun berkata cadangan awal untuk menghantar pelajar yang berada di kampus dan kolej kediaman untuk pulang ke rumah masing-masing masih perlu diperhalusi.

“Cadangan ini masih perlu diperhalusi atas nasihat dan saranan KKM serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain arahan terbaharu dikeluarkan dari masa ke semasa.

Iklan

“Saranan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa pergerakan pelajar secara beramai-ramai akan membawa risiko penularan semula Covid-19 yang kini telah mula menunjukkan tanda-tanda pengurangan,” kata kenyataan itu.

Jadi adik-adik semua bersabar dan bertabahlah. Jika barisan hadapan mampu untuk berkorban berperang menghapuskan wabak pembunuh ini supaya ia tidak menular, kenapa tidak anda?

Jika semua pihak bekerja sama, #kitapastimenang #janganputusasamalaysia