RAMAI mungkin tidak menjangkakan krisis wabak Covid-19 memberi kesan besar kepada ekonomi negara.

Covid-19 juga turut menjejaskan beberapa sektor seperti pelancongan dan sektor-sektor berkaitan lain akibat sekatan kemasukkan pelancong asing dan kawalan pergerakkan yang menjejaskan aktiviti pelancongan domestik.

Disebabkan itu, ramai kini terpaksa berhadapan tempoh sukar mahalan ada juga yang terpaksa diberhentikan kerja oleh majikan atau diminta mengambil cuti tanpa gaji.

Berikutan itu, pemain sayap Selangor, Sean Eugene Selvaraj tampil untuk mendermakan sebahagian gaji beliau kepada 14 keluarga bagi meringankan beban mereka ketika negara dilanda penularan wabak Covid-19

Menurut Sean, hatinya tersentuh dengan nasib yang menimpa 14 keluarga tersebut yang mana mereka tidak boleh mencari rezeki susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya bertuah kerana terus menikmati gaji penuh walaupun liga ditangguhkan sedangkan ada orang lain yang menerima gaji harian terputus pendapatan. Disebabkam itu saya menawarkan diri membantu.

“Bila saya siarkan di media sosial, ramai tampil memohon bantuan dan setakat ini ada 14 keluarga iaitu lapan di Selangor manakala selebihnya dari Johor, Perak serta Kedah,” kata Sean Selvaraj menurut laporan Selangor Kini.

Iklan

Tambah Sean, antara penerima bantuan tersebut ialah ibu tunggal yang mempunyai tujuh orang anak serta pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

“Saya juga mahu menyampaikan mesej bahawa saya tidak melupakan penyokong di saat sukar seperti ini dan berharap mereka juga akan terus memberi sokongan apabila saya serta rakan-rakan kembali beraksi,” tambahnya.

Iklan

Pada masa yang sama, Sean Selvaraj mengucapkan terima kasih khususnya kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sentiasa menjaga kebajikan para pemain.

“Mereka terus mencari jalan bagaimana untuk membayar gaji pemain pada waktu tepat walaupun hasil pengurusan mungkin terjejas disebabkan penangguhan Liga Super dan kejohanan lain,” ujarnya.