Doa akhir, awal tahun, wanita jangan terlepas membaca petang ini

DOA akhir dan awal tahun yang boleh dibaca buat semua menandakan bermulanya tahun baharu dalam kalendar Islam.

Esok kita akan memasuki 1 Muharam 1444 Hijrah.

Sesungguhnya awal Muharam yang juga sinonim dengan panggilan Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam.

Ia sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah demi memenuhi perintah ALLAH SWT.

Lazimnya, menjelang akhir tahun dan memasuki tahun baharu, masyarakat kita begitu sinonim dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun.

Ya, memang tiada dalil yang menganjurkan doa dan zikir akhir tahun. Namun, tiada juga dalil yang melarang kita untuk berbuat demikian.

Iklan
Iklan

Pun begitu, tidak salah untuk kita mengamalkannya kerana ia merupakan suatu perkara yang baik.

Berikut doa akhir tahun yang dicantumkan oleh Sayid Utsman bin Yahya dalam karyanya, Maslakul Akhyar:

Doa akhir tahun

اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ

“Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hazihis sanati ma nahaitani ‘anhu, wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba‘da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da‘autani ilat taubati min ba‘di jara’ati ‘ala ma‘shiyatik. Fa inni astaghfiruka, faghfirli wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa‘attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha‘ raja’i minka ya karim.”

MAKSUDNYA: “WAHAI TUHAN, APA JUA YANG AKU TELAH LAKUKAN DI DALAM TAHUN INI DARIPADA PERKARA YANG ENGKAU TELAH TEGAH, LALU AKU TIDAK BERTAUBAT DARIPADANYA DAN ENGKAU TIDAK REDA SERTA TIDAK MELUPAKANNYA, ENGKAU MENGASIHIKU SELEPAS ENGKAU BERKUASA UNTUK MENGHUKUMKU, DAN ENGKAU MENYERU KEPADAKU SUPAYA BERTAUBAT DARIPADANYA SELEPAS KEBERANIANKU MELAKUKAN MAKSIAT KEPADA-MU. MAKA SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON AMPUN KEPADA-MU, AMPUNILAH AKU. APA JUA PERKARA YANG TELAH AKU LAKUKAN DI DALAM TAHUN INI DARIPADA SESUATU YANG ENGKAU REDA DAN ENGKAU MENJANJIKAN GANJARAN KEPADAKU, MAKA AKU MEMOHON KEPADA-MU WAHAI TUHAN YANG MAHA MULIA, WAHAI TUHAN YANG MEMILIKI KEBESARAN DAN KEMULIAAN, SUPAYA ENGKAU MENERIMANYA (AMALAN BAIK) DARIPADAKU. DAN JANGANLAH ENGKAU MEMUTUSKAN HARAPANKU KEPADA-MU WAHAI TUHAN YANG MAHA MULIA.”

***Baca doa akhir tahun iaitu pada petang ini selepas solat Asar atau akhir waktu Asar.

Baca juga Betul ke buku amalan kita dibawa naik ke langit pada malam Awal Muharram?

Doa awal tahun

اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ

“Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azimi wa karimi judikal mu‘awwal. Haza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’I, wal isytighala bima yuqarribuna ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.”

MAKSUDNYA: “WAHAI TUHAN, ENGKAULAH YANG KEKAL ABADI, SEDIAKALA, LAGI TERAWAL, ENGKAU BERADA DI ATAS KELEBIHAN-MU YANG BESAR, DAN KEMURAHANMU YANG MELIMPAH-RUAH. INI ADALAH TAHUN BARU YANG TELAH SAMPAI KEPADA KAMI. KAMI MEMOHON KEPADA-MU PERLINDUNGAN DI DALAMNYA (TAHUN INI) DARIPADA SYAITAN, PARA PEMBANTUNYA, DAN BALA TENTERANYA, (KAMI MEMOHON) BANTUAN UNTUK MENGATASI NAFSU AMARAH YANG MENGAJAK KE ARAH KEJAHATAN, DAN KESIBUKAN DENGAN PERKARA-PERKARA YANG MENDEKATKAN KAMI KEPADA-MU SEDEKAT-DEKATNYA, WAHAI TUHAN YANG MEMILIKI KEBESARAN DAN KEMULIAN, WAHAI TUHAN YANG MAHA MENGASIHANI.”

***Baca doa awal tahun selepas solat Maghrib hari ini iaitu pada malam 1 Muharam 1444 Hijrah.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk berdoa pada petang ini.

Semoga segala amalan yang kita lakukan sepanjang tahun ini diterima oleh-NYA. Moga tahun baharu ini memberikan sinar baharu untuk kita melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

5 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

6 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

7 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

9 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

12 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

13 hours ago