Doktor dedah penyakit kerap serang ahli sukan, anak muda aktif pun boleh terkena

GEMPAR awal pagi semalam ayam tambatan pasukan Denmark, Christian Eriksen rebah tidak sedarkan diri pada perlawanan bola sepak Piala Euro 2020.

Pertemuan Denmark menentang pasukan Finland itu terhenti sebelum separuh masa pertama berakhir selepas pemain tengah tuan rumah yang sedang lincah beraksi tiba-tiba rebah di padang Stadium Parken, Copenhagen.

Iklan
Iklan

Kejadian perlawanan Kumpulan B pada minit ke-42 itu menyaksikan Denmark mendapat lontaran ke dalam berdekatan kubu lawan.

Bagaimanapun, Eriksen yang meluru menyambut balingan itu tanpa diberi tekanan pihak lawan dikatakan terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Tragedi yang menimpa tonggak Inter Milan itu membuatkan kedua-dua pasukan tergamam, lalu rakan sepasukan menghampirinya yang terbaring mendapatkan rawatan selama 10 minit. Seterusnya, pengadil mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan babak pertama.

Situasi sama turut terjadi kepada para penyokong di stadium yang terkejut sehingga ada mengalirkan
air mata.

Ini bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini pada March 2012, pemain bola sepak bernama Fabrice Muamba
jantungnya berhenti berdegup selama 78 minit ketika perlawanan Piala FA antara Bolton melawan Tottenham
Hotspur. Pun begitu, beliau dapat diselamatkan.

Menurut Pakar Perubatan Kecemasan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr SazOne Sham, banyak kajian menunjukkan punca terutamanya mati mengejut dalam kalangan ahli sukan adalah kerana masalah jantung antaranya HCM (Hypertrophic Cardiomyopathy).

“Ini adalah keadaan yang mana dinding jantung menebal. Penyebabnya adalah genetik tidak normal atau mutasi genetik.

“Biasanya dalam sejarah keluarga berlaku kematian mengejut beberapa ahli sukan ketika usia muda tanpa sebab. Biasanya meninggal dunia alam tidur,” kongsi beliau di Facebook baru-baru ini.

Menurutnya, HCM menyebabkan ritma jantung tidak normal (arrythmia) dan halangan aliran darah.

“Apabila jantung berdegup semakin laju, laluan darah terhalang daripada di pam ke seluruh badan oleh pergerakan dinding otot jantung yang tebal.

“Ritma jantung boleh secara tiba-tiba bertukar kepada ritma maut, Ventricular Fibrillation (VF) menyebabkan nadi terhenti.

Warna biru penebalan jantung, titik merah aliran darah melalui laluan sempit.

“HCM juga penyebab kematian mengejut kepada orang muda yang aktif. Biasanya tanpa gejala. Bernasib baik jika ada gejala sakit dada, mungkin sempat dikesan dan dirawat doktor.

Baca juga Mandul, batuk tak hilang antara tanda Long Covid. Ini cara atasinya

Kata Dr SazOne, tiada rawatan untuk menyembuhkan HCM, tetapi ritma tidak normal (VF) boleh dibantu dengan CPR dan defibrillator (AED).

“Belajarlah CPR. Anda mungkin boleh membantu menyelamatkan nyawa,” pesan beliau.

Ini panduan CPR tanpa bantuan pernafasan;

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

5 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

8 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

8 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

9 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

14 hours ago