BANJIR yang melanda di beberapa lokasi di seluruh negara mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk dokumen pengenalan diri dan peribadi penting.

Namun bagi mangsa banjir yang kehilangan dokumen peribadi di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN)  dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak perlu gusar kerana boleh mendapatkan penggantian dokumen peribadi itu secara percuma.

Baca juga: Hulu Langat Ibarat Dilanda Tsunami, 10 Hilang Di Pahang. Ini Keadaan Terkini Banjir Seluruh Negara

Baca juga: Sri Muda ‘Trending’ Di Twitter, Keadaan Mangsa Terkandas, Proses Menyelamat Runtun Hati Rakyat Malaysia

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di Dewan Negara. Katanya, agensi di bawah KDN iaitu Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen akan diarahkan supaya membantu mangsa dalam proses menggantikan dokumen mereka musnah atau hilang bagi meringankan beban.

Antara dokumen terbabit adalah seperti berikut:
• Kad pengenalan
• Sijil kelahiran
• Sijil kematian
• Pasport

Baca juga: [10 FOTO] Situasi Banjir Di Pahang Menggerunkan, Ribuan Kediaman Dinaiki Air

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan turut membantu mangsa banjir dari segi penggantian dokumen berkaitan JPJ.

Mangsa banjir diberi pengecualian bayaran untuk mengganti dokumen yang rosak atau hilang seperti:

Iklan

• Lesen memandu
• Lesen kenderaan motor
• Sijil pemilikan kenderaan

Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong dalam kenyataannya meminta mereka yang terbabit perlu mengemukakan laporan polis semasa proses penggantian dokumen berkenaan.

 

Iklan

Diharapkan kelonggaran-kelonggaran ini dapat membantu mangsa banjir untuk kembali menikmati kehidupan normal selepas ini.

Baca juga: Mydin Mart Sri Muda Dipecah Masuk, Pengarah Urusan Halalkan Demi Kelangsungan Hidup

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan Malaysia