Donut peach kaya khasiat, ini cara pilih yang manis & juicy

DONUT peach menjadi sebutan selepas viral di laman sosial mengenainya. Buah itu juga dikenali dengan nama ‘flat peach’.

Bentuknya lebih leper dan lebih gemuk berbanding buah peach biasa. Sekali pandang, rupa buah ini memang sama seperti kuih tradisional kita, donut.

Kulitnya pula berwarna merah dan kuning. Bahagian dalam buah biasanya berwarna putih, tetapi ada juga yang berwarna kuning.

Oleh kerana harganya agak ‘kayangan’ di pasaran, apa kata kita hadam dulu tip atau petua memilih donut peach yang sudah masak dan manis elok.

Iklan
Iklan

Baca juga Nanas & betik paling mudah lembutkan daging, doktor ini dedah 12 kaedah ibu boleh buat

Kredit foto: Internet

 

1. Warna

Untuk mengetahui sama ada donut peach sudah masak atau tidak, lihat pada warnanya. Donut peach yang masak mempunyai warna kuning dengan sedikit merah.

Lebih baik memilih buah yang berwarna terang kerana ia adalah yang paling manis.

Bahagian dalam pula biasanya berwarna putih. Namun begitu, ada juga yang berwarna kuning. Bergantung pada jenisnya.

2. Tekstur

Donut peach yang masak juga sedikit lembut dan licin apabila disentuh. Jika terlalu pejal, ia menandakan belum masak. Jika terlalu lembut, ia mungkin terlebih masak dan mungkin sudah lebam.

3. Bau

Selain itu, donut peach yang sudah ranum juga mempunyai aroma yang manis dan masam seperti gabungan dari buah peach, madu dan karamel. Baunya juga seakan-akan kombinasi bunga ros dan melur.

4. Rasa

Buah donut peach lebih manis, lebih berjus berbanding peach biasa. Buah ini juga ada sedikit rasa badam.

Baca juga Betulkah mandi malam punca paru-paru berair, mitos atau fakta? Ini penjelasan sebenar

Amalkan makan buah donut peach untuk;

  • Nak elak risiko kanser payudara, kanser kolorektal
  • Nak baiki tekstur kulit
  • Nak kulit auto glowing cantik
  • Nak kurangkan hair loss
  • Nak seimbangkan tekanan darah
  • Nak kempiskan perut
  • Nak boost kesihatan jantung
  • Nak baik pulih penglihatan

Selain itu, bagi ibu hamil, lagi elok amal. Bagus untuk kuatkan tulang. Lindungi pembentukan janin normal. Selain, legakan sembelit dan cegah kontraksi pramatang.

Donut peach ni ada pada akhir musim panas sahaja.

Baca juga Ketam sangat baik untuk pertumbuhan otak anak, banyak khasiat mak-mak wajib tahu

Sumber: Shuncy, Dr Rizal Abu Bakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.

Share
Faezah Muda

 

Recent Posts

‘Bertuah Wan dapat jaga mak…’ Kongsi perbualan ketika arwah ibu sakit, Chef Wan luah rasa rindu bikin sebak!

TARIKH 12 Mei 2024 diraikan sebagai sambutan hari ibu, ramai yang mengambil kesempatan meraikan dan…

7 mins ago

‘Kalau part gigi saya jadi OCD’. Scha Alyahya sanggup hadap masalah gugur rambut berbanding hilang gigi

SEBAGAI selebriti yang sentiasa menjadi spotlight ramai, sudah tentunya Scha Alyahya sangat menjaga penampilan diri…

1 hour ago

Mila Jirin sanggup beralih bidang demi pikul amanah jadi ketua keluarga. ‘Bahagia perlukan wang demi kelangsungan hidup…’

PENGALAMAN menempuhi kehidupan serba kekurangan sewaktu kecil dahulu antara pembuka jalan wanita hebat bernama Mila…

1 hour ago

Mengaku anak tidak sah taraf, Myra Natasya dedah Halim Othman tukar nama pada sijil kelahiran tanpa pengetahuan

ANAK gadis bekas penyampai radio dan pengacara popular, Halim Othman iaitu Myra Natasya, 29, mendedahkan…

2 hours ago

Demi kesihatan mental, Bella Hadid berundur dari dunia model, pilih perniagaan wangian

  SUPERMODEL, Bella Hadid memutuskan untuk berundur daripada dunia peragaan dan memulakan kehidupan baharu di…

3 hours ago

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ‘ Walaupun penat, kini kami bersatu semula’

10 tahun jaga suami koma, pengorbanan cinta isteri berbaloi. ' Walaupun penat, kini kami bersatu…

20 hours ago