KERJAYA seorang guru memang tidak dinafikan sentiasa dipandang tinggi.

Semakin lama berkhidmat dalam sektor pendidikan, semakin tinggi nilai hormat dan jasanya.

Meskipun sudah bersara sekalipun, panggilan cikgu pada pangkal nama memang tidak boleh dipisahkan.

gaji guru

Begitu hormatnya kita kepada insan yang bergelar guru.

Boleh dikatakan, kerjaya pendidik antara paling popular dalam kalangan rakyat negara ini dan masih dipilih oleh generasi milineal sekarang.

Jika dihitung, jumlah tenaga pengajar yang ada di negara ini mencecah hingga 416,743 orang. Fuh! Ramaikan?

Jika dibincangkan mengenai isu gaji, adakah bayaran untuk seorang guru di Malaysia berbaloi atau sebaliknya?

Sebelum bercerita lebih lanjut, tahukah anda terdapat lima negara di dunia yang dikatakan menjadi ‘syurga pendidikan’ apabila guru mereka dibayar dengan gaji yang cukup lumayan mengalahkan gaji seorang CEO di Malaysia kot!

Berikut disenaraikan negara yang menawarkan gaji paling mewah:

1. Switzerland (RM453,805 setahun)
2. Luxembourg (RM412,550 setahun)
3. Kanada (RM305,287 setahun)
4. Jerman (RM288,785 setahun)
5. Netherlands (RM276,408.50 setahun)

Pergh, memang mahal, bukan? Pun demikian, kita kena kaji juga bagaimana tahap tugasan mereka dalam mendidik seorang pelajar.

Bagaimana pula gaji bagi guru-guru di negara Asia?

Meskipun ia bukan senarai rasmi dan hanya dilakukan berdasarkan carian di media sosial dan informasi daripada laman web tertentu seperti IDN Times, SinarPlus kongsikan juga tangga gaji tenaga pendidik di negara-negara tertentu:

gaji guru

1. Korea

Bukan saja popular dengan budaya K-Pop, profesion guru di negara itu memang dibayar gaji lumayan iaitu sekitar RM226,902.50 secara purata setahun.

Bayaran itu antara paling tinggi di Asia untuk guru sekolah menengah. Lagipun kebanyakan sekolah di sana memang all out untuk memastikan pelajar cemerlang termasuk penganjuran kelas malam.

2. Singapura

Tidak dinafikan, kadar gaji guru di negara jiran kita juga agak mahal iaitu RM207,640.54 setahun.

Masakan tidak, negara Kota Singa itu sanggup membelanjakan peruntukan 20 peratus untuk memastikan sektor pendidikan lebih cemerlang sehingga mencapai ranking terbaik dunia.

gaji guru

3. Thailand

Jika dihitung, gaji purata setahun untuk guru di Thailand mampu mencapai RM49,506 dan jumlah itu lebih tinggi berbanding di Malasyia.

Iklan

Berdasarkan laporan Pemantauan Pendidikan Global UNESCO, gaji seorang guru meningkat 2.6 kali ganda lebih tinggi berbanding sebelum ini seiring perubahan sistem pendidikan negara yang ditadbir Raja Maha Vajiralongkorn itu.

4. Malaysia

Gaji guru di Malaysia juga dikatakan standard dengan gaji minimum bermula RM2,188 dengan kadar kenaikan gaji RM225 setahun. Dianggarkan bermula RM26,256 setahun.

Semakin lama berkhidmat hingga mencapai gred DG54, tidak kira kumpulan pengurusan dan profesional, mereka mampu mencapai bayaran hingga RM157,728 setahun. Banyakkan?

gaji guru

5. Indonesia

Selain Vietnam, Indonesia juga antara negara yang paling rendah membayar gaji guru iaitu RM17,355.91 setahun.

Boleh dianggarkan gaji minimum seorang cikgu hanya RM1,446 untuk sebulan.

Iklan

6. Vietnam

Jika dibandingkan Malaysia, Vietnam menduduki tangga paling corot apabila bayaran gaji seorang guru secara purata adalah RM7,425.90 setahun.

Disebabkan bayaran yang rendah dianggarkan RM618 saja, dikatakan hampir 40 peratus guru sanggup mencari kerja lain yang menjanjikan bayaran lebih lumayan.

gaji guru

Aduhai, sedihkan kalau kerja mendidik berlipat lebih ganda lebih-lebih pada era pandemik Covid-19, tetapi bayaran rendah boleh buat orang hilang semangat.

Apa-apapun, pengorbanan seorang guru memang tidak ternilai. Mereka ibarat lilin yang sanggup ‘membakar’ diri demi ilmu untuk para pelajar mereka.

Salute untuk guru-guru di Malaysia dan di seluruh dunia. #kitajagakita #kitalaluibersama