HILANGKAN kotoran degil pada baju putih memang renyah untuk dibersihkan, apatah lagi bukannya boleh dibasuh sembarangan dengan cara ala kadar.

Bagi ibu-ibu, membasuh baju uniform sekolah anak-anak yang berwarna cerah memang menjadi satu tugas yang memerlukan banyak tenaga.

Bukan sahaja perlu menyental sisa kotoran seperti minyak, kicap atau sos, masa yang diperlukan juga lama bagi memastikan kesan betul-betul hilang sepenuhnya.

baju putih

Kalau silap hari bulan, pakaian putih pun boleh menjadi kusam jika tersalah cara basuhan.

SinarPlus percaya, masih ramai emak- emak mencari kaedah terbaik untuk membersihkan uniform sekolah anak-anak supaya nampak baharu dan bersih.

Berikut antara tip mudah yang dikongsikan popmama.com:

baju putih

1. Asingkan baju putih

  • Langkah ini penting bagi mengelakkan baju tersebut tercampur dengan kotoran atau warna yang mudah luntur ketika membasuh.
  • Jangan sesekali membasuh dengan koleksi busana lain yang berwarna hitam atau merah ya.

baju putih

2. Jangan terlalu padat

  • Setiap kali membasuh, mesti kalian suka menyumbat hampir semua pakaian di dalam mesin baju untuk jimat masa, bukan?
  • Selepas ini, kalau boleh pilih item yang mahu dibasuh mengikut warna dan jangan terlalu padat.
  • Ini kerana kotoran tidak dapat dibersihkan dengan sempurna disebabkan ruang sempit, malah baju bertambah kusam.

Baca juga Baju putih kotor & lusuh! Ini tip baju kembali putih macam baru beli

baju putih

3. Pilih sabun yang tepat

  • Pilihan sabun yang tepat juga penting untuk menghilangkan kesan degil.
  • Selain memilih pencuci khas untuk pakaian berwarna cerah, ciri optical brighteners pada cecair pembersih juga perlu diutamakan.
  • Orang kata, sabun mandi dalam bentuk bata (buku) yang disagat halus antara petua ajaib untuk menghilangkan kesan. Cubalah!

baju putih

4. Bahan peluntur tambahan

  • Jika kotoran masih belum hilang, kalian juga boleh mencuba menyental kawasan tercemar dengan serbuk soda bikarbonat.
  • Kalau masih tidak berpuas hati, rendam basuhan menggunakan cecair peluntur khas ya.

Baca juga Perlukah basuh baju baru selepas dibeli? Ini penjelasannya…

baju putih

5. Opsyen air panas

  • Jika membasuh baju di dobi layan diri, pilihan air panas adalah yang terbaik untuk membasuh koleksi berwarna putih.
  • Selain dikatakan boleh menghilangkan bau peluh, kesan degil juga mudah ditanggalkan.
  • Malah, koleksi pun nampak seperti baharu.

baju putih

6. Bilas basuhan dengan cuka

  • Mungkin cara ini jarang- jarang sekali digunakan, namun ia antara tip menjadi untuk membersihkan noda pada baju.
  • Ambil secawan cuka putih sebagai air bilasan, kemudian basuh semula dengan air panas selepas kotoran hilang.

Baca juga Kotoran baju putih boleh dirawat dengan cuka? Menarik! Ketahui 7 tip penjagaannya

baju putih

7. Sidai di bawah sinar matahari

  • Akhir sekali, basuhan perlu dikeringkan di bawah cahaya matahari untuk kesan yang optimum.
  • Ini kerana sinar ultraviolet tersebut boleh membantu mencerahkan kembali warna pakaian.

Paling penting, bukan sahaja sisa kotoran dapat dibersihkan, baju putih pun bersih dan tidak kusam.

baju putih

Bahan-bahan peluntur tambahan yang digunakan juga mudah didapati dan tidak susah untuk dibeli.

Sekiranya kalian mempunyai cara lebih baik untuk memastikan koleksi busana putih kekal bersih, boleh kongsikan di ruang komen ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan