WABAK koronavirus yang menyerang negara dan seluruh dunia sememangnya agak menakutkan lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 itu boleh menyebabkan kematian.

Berdasarkan angka terkini, kira-kira 1.63 juta nyawa melayang dengan Amerika Syarikat menunjukkan kes jangkitan paling tinggi tanpa sebarang rekod pesakit sembuh. Agak menyeramkan bukan?

Di Malaysia, kes terkini (setakat artikel ini ditulis), sebanyak 84,846 kes dilaporkan yang mana Sabah mencatatkan kes paling banyak 19,898 kes manakala kes kematian direkodkan sebanyak 147 kes. Secara keseluruhannya sebanyak 419 kes kematian dilaporkan setakat ini.

haiwan pembawa virus

Pun begitu, tahukah anda punca wabak Covid-19 pernah dikaitkan dengan jangkitan zoonosis iaitu berpunca daripada haiwan.

Percaya atau tidak, virus bahaya itu sebenarnya datang daripada haiwan peliharaan!

Perkongsian idntimes.com baru-baru ini ada melaporkan, sebanyak lapan haiwan dikenal pasti mampu membawa jangkitan penyakit maut. Apakah haiwan tersebut? Berikut adalah perinciannya:

haiwan pembawa virus

1. Kelawar

Seperti kita sedia maklum, haiwan liar yang hanya keluar pada waktu malam hari bukan boleh dipandang ringan.

Kelawar pernah mengejutkan dunia pada satu ketika dahulu apabila menjadi punca kepada jangkitan sindrom pernafasan akut teruk (SARS).

haiwan pembawa virus

Bahkan sekali lagi haiwan itu dikatakan punca Covid-19 apabila tempat bermulanya penularan wabak itu dikesan di Wuhan, China. Sejauhmana kebenarannya, masih belum diketahui. Namun, berhati-hatilah.

haiwan pembawa virus

2. Unta

Siapa sangka, haiwan padang pasir ini juga boleh mengundang jangkitan maut!

Jika masih ingat lagi wabak sindrom pernafasan virus korona Asia Barat (MERS-CoV) membabitkan jemaah yang menunaikan ibadah umrah.

haiwan pembawa virus

Disebabkan jangkitan itu, para pesakit mengalami masalah pernafasan dan suhu badan tinggi itu. Sehubungan itu, pada ketika wabak itu melanda, lawatan ke ladang unta terpaksa dihentikan serta-merta.

haiwan pembawa virus

3. Anjing

Antara haiwan peliharaan yang banyak dipelihara di dunia ini, tidak lain tidak bukan anjing selain kucing.

Anjing telah disahkan secara saintifik boleh menyebarkan virus Rabies atau ayat mudah, penyakit anjing gila.

haiwan pembawa virus

Gigitan anjing yang dijangkiti virus boleh menyebabkan radang pada otak selain kesukaran untuk bernafas. Jadi, berwaspada ya?

haiwan pembawa virus

4. Kucing

Si meow yang comel ini juga boleh mengundang jangkitan penyakit jika tidak dijaga dengan baik.

Menurut idntimes.com, si bulus itu juga boleh menyebabkan jangkitan wabak zoonosis yang terdapat pada najis kucing. Memang sangat bahaya ya, terutama kepada ibu mengandung.

haiwan pembawa virus

Bagi mereka yang memelihara kucing, berhati-hatilah menguruskan sisa kumbahan najis bagi mengelakkan jangkitan tidak diingini.

haiwan pembawa virus

5. Ayam

Haiwan unggas ini juga pernah pernah mengejutkan dunia dengan jangkitan selesema burung disebabkan virus H5N1 (virus paling bahaya).

Iklan

Ternakan ayam paling mudah dijangkiti melalui sebaran air liur, lelehan hidung dan najis.

haiwan pembawa virus

Jika menjangkiti manusia, boleh menyerang sel paru-paru kita. Pastikan sumber ayam yang dibeli dibersihkan dan masak dengan sempurna.

haiwan pembawa virus

6. Khinzir

Jangkitan wabak disebabkan haiwan itu memang sudah diketahui ramai orang. Virus H1N1 pernah menggemparkan negara apabila menyerang penduduk Malaysia sekitar tahun 2009.

Jika masih ingat, ketika itu lebih 15,000 orang dijangkiti dengan gejala demam suhu tinggi, batuk, sakit tekak, sakit kepala dan menggigil.

haiwan pembawa virus

Jika kanak-kanak dijangkiti, boleh menyebabkan kulit bertukar warna biru atau ungu, lemah, sukar untuk bangun dan menangis tanpa air mata.

haiwan pembawa virus

7. Monyet

Iklan

Jangkitan virus yang berpunca daripada haiwan liar itu pun bukan biasa-biasa.

Virus yang pernah menyerang Afrika pada tahun 2009 mirip jangkitan Mers-CoV iaitu Monkeypox virus (MPXV).

haiwan pembawa virus

Barangkali belum dikesan di Malaysia setakat ini, tetapi berhati-hatilah kerana virus ini boleh didapati pada tikus dan tupai.

haiwan pembawa virus

8. Nyamuk

Ya! Nyamuk memang jadi satu masalah kepada negara. Bukan sahaja terkenal dengan jangkitan wabak denggi bahkan virus Zika yang boleh menyebabkan masalah kecacatan pada bayi.

Selain itu, serangga ini juga boleh menyebabkan virus Chikungunya (CHKV), demam kuning dan meningitis.

haiwan pembawa virus

Pastikan kawasan persekitaran anda sentiasa bersih dan jangan biarkan bekas kosong bertakung air ya? Mencegah lebih baik daripada mengubati!

Sumber foto: Pexels