APABILA bercakap mengenai kedai RM2, pasti ramai yang teruja kerana mampu membeli semua barangan dan ada yang sanggup berada di dalam premis berjam-jam demi memilih item pilihan.

Bagaikan ‘orang kaya baharu’, semua barang dimasukkan dalam troli tanpa perlu melihat harganya lagi kerana semuanya mampu milik. Betulkan?

Kalau sebelum pandemik Covid-19 melanda, kedai jimat yang menawarkan barangan pada harga RM2 dan RM2.10 itu sering menjadi pilihan para ibu.

kedai RM2 berhantu

Mana tidaknya, jika pergi bersama pasangan, ramai yang merungut kerana lama sangat shopping, malah ada yang kata sudah ‘sesat’ dalam premis kerana tidak jumpa jalan keluar.

Aduhai, memang kelakar jika membaca komen khususnya para suami yang menemani isteri kesayangan membeli-belah di kedai-kedai tersebut.

Namun, norma baharu ketika ini menyebabkan kekangan untuk shopping dengan bebas, malah terpaksa beratur panjang untuk membeli membuatkan ramai yang tak sanggup.

Malah, ada juga yang takut-takut untuk berada di tempat sesak memandangkan kes jangkitan sprodik ketika ini agak menakutkan.

kedai RM2 berhantu

Pun begitu, jangan bimbang ya kerana hobi membeli-belah barangan jimat masih boleh diteruskan secara online. Ya! Lebih selamat dan penghantaran pun sampai terus ke rumah.

Melalui perkongsian Facebook Info Jimat, terdapat 5 kedai berhantu di Shopee yang semua barangan dijual pada harga RM2 hingga RM2.10 tau.

Jadi, buat mereka yang rindu yang bertandang ke kedai murah-murah itu, Shopee ada menawarkan outlet pada harga cukup berbaloi untuk dikunjungi.

1. NOKO RM2 Malaysia

kedai RM2 berhantu

Antara kedai pilihan yang popular dan menawarkan semua barangan keperluan dapur, aksesori dan makanan ringan pada harga RM2 saja. Kedai serba biru ini memang banyak item harian yang boleh dibeli dengan senang hati.

2. Ecoshop Malaysia

kedai RM2 berhantu

Tidak perlu diperkenalkan lagi, kedai berhantu ini memang antara pilihan buat para ibu untuk membeli produk pada harga mampu milik. Dikatakan ada lebih 100 outlet seluruh Malaysia, padanlah ramai yang datang untuk membeli-belah kerana harganya RM2.10 sampaikan ada yang viral di media sosial.

3. Cheap2Shop

kedai RM2 berhantu

Sama juga seperti Ecoshop, kedai ini menawarkan harga RM2.10 untuk setiap item sama ada alat tulis, perkakas simpanan, alatan menanam dan keperluan dapur. Antara jenama yang dijual seperti Stabilo, Dettol, Huggies dan banyak lagi.

4. Kilang RM 2

kedai RM2 berhantu

Seperti namanya, kedai online ini menjual barangan pada harga RM2 saja tau dan penghantaran dikatakan dibuat dalam tempoh 24 jam. Wow! Menarikkan? Ada lebih 300 item yang ditawarkan dan sekarang ini ada jualan RM1 untuk item terpilih. Apa lagi, jom penuhkan troli anda.

Iklan

5. Ninso Official Store

kedai RM2 berhantu

kedai RM2 berhantu

Kedai dengan trademark warna kuning ini memang wajib dikunjungi kerana ada barangan kaca yang berkualiti khususnya cawan dan pinggan mangkuk. Ada lebih 10,000 pilihan barang yang boleh dibeli secara online dan sekali masuk, memang berjam-jam ralit melihat barangan yang kalau boleh nak beli semua.

Selain 5 kedai berhantu yang sering menjadi bualan ramai, ada tiga lagi pilihan kedai yang boleh diintai-intai. Antaranya:

NT Shop

kedai RM2 berhantu

Grabbit

Iklan

kedai RM2 berhantu

Mr Save Mart

kedai RM2 berhantu

Memang jimatkan? Bagi mereka yang ada pilihan kedai online lain yang menawarkan harga murah-murah, boleh kongsikan di ruang komen ya!

Mana tahu, info yang dikongsikan boleh dimanfaatkan pembaca SinarPlus yang lain.

Apa yang penting, jangan keluar rumah jika tiada urusan penting.

Mari bersama putuskan rantaian jangkitan wabak korona dan semua kembali pulih seperti biasa.

Insya-ALLAH. #kitajagakita #kitalaluibersama #perkasakansuaraMalaysia