MINUMAN susu almond (kacang badam) dilihat sudah menjadi trend masyarakat masa kini yang mengamalkan diet berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Padanlah banyak pengeluar susu menawarkan pelbagai pilihan menarik minuman berasaskan kacang badam seperti Farm Fresh, Good Vibes, 137 Degrees, Almond Breeze dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan pembaca SinarPlus, susu kacang badam sangat penting dalam diet seharian kerana kaya dengan nutrisi terbaik untuk kesihatan dan kecantikan.

susu badam

Antara kebaikan amalan susu badam adalah seperti berikut:

1. Sumber vitamin E

Kacang badam mengandungi sumber vitamin E yang penting untuk melindungi sel daripada radikal bebas dan pada masa sama, berupaya meningkatkan kesihatan mata dan kulit.

Memetik perkongsiaan portal perubatan antarabangsa, Healthline, amalan susu almond yang kaya dengan sumber vitamin E juga boleh melindungi jantung.

2. Rendah kalori.

Ada kajian menunjukkan badam mengandungi 50 peratus asid lemak tidak tepu dan rendah kalori. Bagi mereka yang mengamalkan kacang almond sebagai kudapan, boleh mengawal berat badan tau!

susu badam

Memetik Medical News Today, secawan susu kacang badam mengandungi 39 kalori berbanding 78 kalori secawan susu tanpa lemak.

3. Kurangkan gula dalam darah.

Memang tidak dinafikan banyak susu berasaskan kacang badam dijual dengan gula tambahan sedangkan susu almond yang berkhasiat terdiri daripada rendah karbohidrat.

Jadi, bagi mereka khususnya pesakit diabetes, carilah pilihan susu almond tanpa pemanis tambahan ya? Semak betul-betul kandungan susu tersebut sebelum membeli.

4. Menguatkan tulang.

Susu kacang badam kaya dengan sumber kalsium yang baik untuk tulang dan bagi mereka yang alergi dengan produk tenusu, boleh amalkan susu almond untuk mengurangkan risiko osteoporosis.

5. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

Banyak kajian menunjukkan amalan pemakanan seperti kacang badam secara teratur boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

susu badam

Ini kerana menurut kajian tersebut, satu cawan susu kacang badam 240 mililiter (ml) mengandungi satu gram protein manakala susu lembu mengandungi tujuh hingga lapan gram.

Sebiji kacang almond mempunyai asid folik yang memberi manfaat kepada kadar profil lipid dalam darah.

Iklan

6. Mencegah cacat saraf pada bayi.

Menurut Klikdokter, susu almond memiliki kandungan asam folat yang diperlukan oleh ibu hamil.

Asam folat berguna untuk pembentukan tabung saraf janin. Apabila diminum secara teratur selama masa kehamilan, maka dapat membantu mencegah cacat saraf pada bayi.

susu badam

Menarik bukan fakta tersebut? Jika dulu susu pisang viral dek kerana pengaruh drama Korea, kini susu kacang badam pula menjadi trending selepas pembukaan Family Mart di dalam negara.

Benda yang baik wajar dikongsi bersama dan kepada anda yang mahu mengamalkan diet sihat, bolehlah amalkan susu kacang badam tanpa pemanis ya untuk kesihatan yang lebih baik.

Namun, ingat kerana susu almond yang dijual di pasaran memang semakin banyak.

Iklan

susu badam

Justeru,  sebelum membelinya, baca label dahulu dan pastikan susu almond yang anda beli memiliki bahan-bahan nutrisi tambahan dan tidak mengandung pengawet yang buruk.

Berikut SinarPlus kongsikan cara membuat susu kacang almond sendiri yang ternyata bebas daripada bahan kimia. Ia ambil masa sedikit, namun bahan-bahannya amat mudah didapati.

Resepi Susu Kacang Almond

Bahan-bahan

  1. 200 gram kacang almond mentah
  2. 400 mililter air suam
  3. Gula atau madu secukupnya

susu badam

Cara penyediaan:

  • Rendam kacang semalaman atau hingga 2 hari agar empuk.
  • Hiris kacang kasar dan kisar blender bersama air suam. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika terlalu pekat.
  • Tapis kacang almond yang dikisar.
  • Selepas itu, hangatkan susu almond. Tidak perlu sampai terlalu mendidih.
  • Setelah itu, tuang susu almond ke dalam gelas dan campur dengan madu. Susu almond sedia dinikmati.