MEMAHAMI kesungguhan dan perjuangan petugas barisan hadapan yang tidak mengenal erti lelah dan putus asa menghadapi pandemik Covid-19, Agnesia Malaysia (Agnesia) tampil membuat kejutan buat mereka.

Sumbangan berupa kit bedak antibakteria sebagai tanda terima kasih dan suntikan motivasi itu disumbangkan kepada petugas di Hospital Banting, Selangor baru-baru.

Apa yang menarik, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bukan sahaja menggembirakan para frontliners, bahkan kebajikan mereka turut terpelihara.

agnesia

Mana tidak, kit antibakteria yang disumbangkan bukannya biasa-biasa kerana merupakan produk terkini yang diformulasikan khas untuk mereka yang menginginkan keselesaan dan perlindungan sepanjang masa.

Bermandi peluh dengan set pakaian perlindungan diri (PPE) pasti membuatkan frontliners tidak selesakan? Jadi, dengan produk Agnesia, ia mampu mengawal peluh dan bau badan.

Kata Agnesia dalam satu kenyataan media, pihaknya terus berusaha untuk berkembang sebagai jenama sabun pembersih, krim pencuci tangan dan mandian antibakteria nombor satu dalam negara.

“Agnesia akan terus berinovasi dan meningkatkan formula khas untuk rangkaian bedak badan yang sesuai dengan cuaca panas lembap di Malaysia sekali gus memberikan perlindungan kepada pengguna,” kata Agnesia.

Pada masa sama, jenama terkemuka sejak tahun 1930-an itu juga turut memperkenalkan set penjagaan diri dengan formula terbaharu seperti siri Hygiene Care dan Beau Care.

agnesia

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bagi mereka yang mengalami masalah ruam, siri Hygiene Care boleh membantu memberikan kelegaan kerana berupaya menghapuskan 99.9 peratus bakteria dan bebas asbestos.

Lagi best, mudah menyerap peluh dan mencegah bau badan.

Untuk mereka yang sukakan bedak berbau wangi dan praktikal, bolehlah cuba siri Beau Care yang didatangkan dengan dua pilihan iaitu lavender dan ros.

Iklan

Selain memiliki wangian semula jadi, tekstur bedak juga lembut dan halus. Apa yang penting, semua produk halal dan mampu menghapuskan 99.9 peratus bakteria.

Bukan setakat itu saja, ada banyak lagi produk yang boleh dicuba antaranya Agnesia Cooling Powder, Agnesia Foot Care Powder dan pembersih feminin semula jadi.

agnesia

Ada lagi! Agnesia juga memperkenalkan sabun mandi antibakteria dengan dua pilihan iaitu mentol dan citrus selain sabun pencuci tangan antibakteria.

Iklan

agnesia

Jangan lupa untuk mencuba sabun bar bioulphur dan olederm yang ditawarkan Agnesia bagi memenuhi keperluan bilik mandi yang lebih bersih dan selamat.

agnesia

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.agnesia.com.my/ atau Facebook rasmi, AgnesiaMY.