Anak susah makan? 5 cara berkesan teknik pujuk si kecil

Anak susah makan? 5 cara berkesan teknik pujuk si kecil
August 24, 2021
Oleh Faezah Muda

"HAISH! Susahnya nak bagi anak-anak makan."

Begitulah antara keluhan ibu bapa atau penjaga anak-anak setiap hari.

Ikuti lima tip mudah ini. Ia mungkin tidak mudah pada awalnya, namun jika korang mencubanya secara
konsisten, pasti akan nampak hasilnya. Cubalah!

1. Sabar!

Beri masa untuk anak makan. Beri galakan dan pujian.

Jangan sesekali membuat ugutan atau paksaan.

2. Kurangkan gangguan

Makan di tempat yang sesuai. Tumpukan perhatian terhadap makanan.

Iklan

Elakkan TV, HP, radio, mainan, buku dan bunyi bising.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Anak susah makan? 5 cara berkesan teknik pujuk si kecil

3. Berinteraksi

Waktu makan adalah masa untuk anak belajar dan penjaga tunjukkan kasih sayang.

Boleh bercerita tentang warna, bentuk dan nutrisi makanan yang dimakan.

Elakkan marah anak semasa makan. Ini memberi pengalaman yang tidak baik untuk anak dan mungkin
diigati sehingga dewasa.

4. Jaga waktu makan

Beri anak makan mengikut waktu yang tetap setiap hari.

Aturkan masa supaya anak dapat makan setiap 1 jam setengah sehingga dua jam.

Ini menjadikan anak berasa dirinya dilindungi (sense of security).

Jangan biasakan beri anak makan hanya apabila diminta.

5. Perkukuh tingkah laku baik

Beri perhatian, kenali dan puji anak yang berkelakuan baik semasa makan.

Elakkan beri tindak balas kepada tingkah laku anak yang negatif.

Jika penjaga bertindak balas, anak mendapat perhatian dan secara tidak langsung tindak balas penjaga seperti menyokong tingkah laku tersebut.

Baca juga Varian Delta boleh membiak dalam hidung, 5 fakta mengenainya perlu tahu

Justeru, ibu bapa atau penjaga seharusnya menyediakan hidangan yang sihat dan selamat mengikut
waktu makan serta menyediakan persekitaran yang sesuai semasa memberi makan kepada anak.

Sumber: NutritionistKKM