JIKA berkunjung ke mana-mana pameran seni, pasti ramai khususnya famili yang membawa anak-anak tidak dapat menghabiskan masa yang lama gara-gara si kecil tantrum atau cepat bosan.

Barangkali budaya si anak untuk menghayati seni dan foto visual yang dipamerkan tidak mencapai ‘tahap excited‘ seperti menonton video dalam Youtube ataupun TikTok.

Sudah tentunya, mereka cepat hilang minat melihat pameran kaku dan statik berbanding jika menonton sesuatu yang berbentuk interaktif atau animasi bergerak.

eyejack balai seni negara langkawi

Pun begitu, bagi mereka yang merancang ke Pulau Langkawi, Kedah sebagai destinasi percutian bersama keluarga, jangan lepaskan untuk membawa anak-anak ke Balai Seni Negara Langkawi.

Bangunan dua tingkat yang terletak di Jalan Pandak Mayah, Pekan Kuah mempunyai sesuatu yang unik khususnya buat pengunjung cilik.

Mana tidaknya, pameran foto dan dekorasi Balai Seni Negara Langkawi bertemakan ‘Langkawi Sebelum Bebas Cukai’ pasti membuatkan si kecil teruja.

Sambil belajar mengenai sejarah Pulau Langkawi, generasi muda sudah tentunya tidak sabar untuk mencuba aplikasi canggih yang ditonjolkan di sana.

eyejack balai seni negara langkawi

Bayangkan foto-foto klasik yang dipamerkan kepada orang ramai itu mampu ‘hidup’ dengan animasi lucu.

Ya! Dengan teknologi aplikasi EyeJack yang diperkenalkan Balai Seni Negara Langkawi, pengunjung dapat merasai pengalaman baharu dan luar biasa.

Baca juga Abadikan pengorbanan frontliners dalam bentuk seni diorama

Hanya memuat turun aplikasi tersebut secara percuma di telefon pintar atau tablet masing-masing, orang ramai hanya perlu imbas kod untuk menonton foto yang dipamerkan.

Foto lama seolah hidup dengan muzik latar belakang bertemakan laut dan siulan burung-burung dengan animasi kartun lucu.

eyejack balai seni negara langkawi

Iklan

Terdapat juga foto diselitkan bunyi bot dan feri lama sekali gus mengimbau kenangan lama.

Berkongsi keunikan tersebut, Pengarah Cawangan Balai Seni Negara Langkawi, Mohd Fairus Ismail berkata, pameran itu sebagai salah satu insiatif untuk menarik kedatangan pelancong sempena Program Gelembung Pelancongan Langkawi.

“Pameran yang sedang berlangsung hingga 31 Januari 2022 itu menyaksikan panorama Pulau Langkawi sebelum diisytiharkan sebagai pulau peranginan bebas cukai.

“Memang lain daripada lain, kami bawakan sesuatu yang menarik untuk menyelami sejarah pulau peranginan ini dengan pendekatan lebih inovatif,” katanya kepada SinarPlus.

eyejack balai seni negara langkawi

Iklan

Tidak kurang juga antara 200 foto lama yang menari perhatian seperti jeti lama, Jeti Sanatorium di Kuah yang dikenali sebagai jeti Pantai Dato’ Syed Omar.

Bagi mereka yang tertanya-tanya bayaran masuk ke Balai Seni Negara Langkawi, kemasukan adalah percuma dan dibuka bermula jam 10 pagi hingga 4 petang kecuali Isnin.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jadi, apa tunggu lagi? Boleh masukkan destinasi ini sebagai list itenari anda jika berkunjung ke permata Kedah itu nanti ya!

Apa yang penting, patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dan jaga penjarakan sosial kerana wabak Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya. #kitajagakita #kitalaluibersama