GOODDAY MILK baru-baru ini melancarkan produk baharu, Goodday Aussie Fresh yang membawakan sensasi susu segar dari Australia.

Menariknya, tekstur susu segar keluaran negara kanggaru itu lebih berkrim dan bakal membuatkan secangkir kopi anda bertambah aroma.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Yee Pek Kuan berkata, Goodday Milk sentiasa berusaha memperkenalkan rangkaian produk berkhasiat yang diperoleh daripada bahan berkualiti tinggi terpilih.

Goodday Aussie Fresh

"Bagi menambah seleksi susu pasteur sedia ada, pilihan Goodday Aussie Fresh diharapkan menjadi pelengkap buat rangkaian produk tenusu di pasaran.

Iklan

"Sebagai jenama yang sudah menambat hati rakyat Malaysia sejak lebih 50 tahun, kami berharap dapat mengembangkan portfolio dengan pengenalan produk baharu pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga Goodday ajak rakyat Malaysia lindungi orang utan

Selain kaya dengan nutrien seperti kalsium dan protein, rangkaian susu pasteur eksklusif tersebut dikatakan mampu mencetuskan cita rasa baharu buat peminat susu.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Goodday Aussie Fresh

Pada harga mampu milik, produk premium tersebut ditawarkan pada saiz 1 liter dan boleh didapati di pasar raya berhampiran anda.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook rasmi Goodday Milk Malaysia di Goodday Milk Malaysia.