BAU asap rokok memang tidak menyenangkan. Lagi-lagi jika terperangkap dalam ruang tertutup, bau asap memang boleh membuatkan kita susah untuk bernafas.

Jangan ambil mudah kerana asap rokok sebenarnya mengandungi lebih 4,000 bahan kimia yang dikenal pasti sebagai punca kanser paru-paru.

Agak menakutkan apabila beberapa kajian menunjukkan perokok pasif iaitu individu yang tidak merokok seperti anak kecil berisiko terdedah kepada ancaman kanser tanpa disedari.

rokok

Lagi teruk, asap rokok yang sering terperangkap pada perabot, langsir dan dinding menjadikan rumah berbau nikotin dan tar yang bukannya boleh hilang sekelip mata.

Masalah tersebut sering dihadapi ibu-ibu yang memiliki suami si perokok, sentiasa runsing untuk menjadikan ruang dalam rumah selamat dan bebas asap rokok.

Ada beberapa tip yang dikongsikan kompas.com yang barangkali boleh dicuba para ibu di rumah.

rokok

1. Buang punca bau
Selalunya bau datang daripada bekas habuk rokok. Jadi, para ibu perlu membersihkan habuk dan membasuh bekas sehingga hilang bau.

rokok

2. Buka semua tingkap
Buka semua tingkap sebelum kerja pembersihan dibuat supaya udara segar dalam masuk ke dalam rumah.

3. Sistem pengudaraan
Pastikan sistem pengudaraan dalam rumah dalam keadaan baik menggunakan ventilator yang boleh menyedut bau dalam rumah.

rokok

4. Baking Soda
Jika ada baking soda di rumah, boleh taburkan sedikit pada permukaan yang berbau asap rokok. Biarkan seharian sebelum memulakan proses vakum.

5. Basuh bersih
Bagi perabot, langsir atau sarung bantal yang berbau asap rokok, pilihlah hari yang cerah untuk mencuci kesemuanya. Jika tiada masa, boleh sahaja hantar ke dobi, yang penting ongkosnya ada.

vinegar

6. Cuka
Cuka memang boleh membantu menghilangkan bau. Campuran air, cuka dan pewangi juga boleh menjadikan lantai berkilat dan berbau harum.

Iklan

7. Pokok hidup
Inilah masanya untuk anda mendeko ruang rumah dengan pilihan pokok semula jadi yang sesuai diletakkan di dalam rumah. Bukan sahaja nampak segar bahkan mampu menghilangkan tekanan.

candle

8. Lilin aroma
Jika sudah bersih semuanya, bolehlah nyalakan lilin yang beraroma terapi untuk memenangkan fikiran. Pilihan bau juga memainkan peranan untuk menjadikan mood anda lebih baik dan tenang.

Bagi bapa yang juga perokok, perlu ambil tahu bahawa nikotin yang mudah melekat pada setiap sudut rumah boleh bertahan selama enam bulan meskipun sudah berhenti merokok. Ya! Enam bulan.

rokok

Iklan

Menurut kajian yang dikongsikan pubmed.ncbi.nlm.nih.gov, nikotin yang menjadi sumber racun itu boleh melekat pada rambut, pakaian dan kulit.

Bahayanya asap rokok itu kerana boleh melekat berhari-hari walaupun ruang tersebut dibersihkan atau dibiarkan kosong selama dua bulan.

rokok

Bagi ibu-ibu, barangkali fakta itu agak mengejutkan kerana boleh memberi kesan kepada anak kecil dan juga diri sendiri.

Beri galakan dan dorongan kepada suami untuk segera berhenti merokok demi anak tersayang dan sebagai jaminan kesihatan yang lebih baik. #kitajagakita