Baju putih kotor & lusuh! Ini tip baju kembali putih macam baru beli

April 2, 2020
Arziana Mohmad Azaman

BAJU berwarna putih memang diketahui agak susah untuk dijaga dengan baik dan rapi.

Secara lazimnya, baju berwarna putih ini memang mudah untuk kelihatan kotor malah akan menjadi kekuning-kuningan jika disimpan terlalu lama.

Namun mungkin anda tidak perlu lagi risau kerana ada cara untuk kita nak putihkan baju seperti anda baru beli dengan hanya menggunakan bahan yang mudah.

  1. Perahan lemon

perahan lemon

Perahan lemon mampu memutihkan baju. Rendam baju di dalam baldi dengan air bersih. Pastikan baju terendam sepenuhnya. Ambil 1-2 biji lemon (keperluan lemon bergantung kepada kuantiti baju) dan perahkan ke dalam rendaman tadi.

Rendam selama 10 minit sahaja. Jangan lebih tau. Kemudian, lakukan cucian seperti biasa.

  1. Sabun mandi

soap

Foto: unsplash

Untuk menghilangkan kotoran degil, basahkan keseluruhan baju terlebih dahulu dan gosokkan sabun mandi jenis buku terus pada bahagian yang kotor.

Gunakan berus baju yang lembut. Seterusnya, cuci macam biasa sehingga bersih.

  1. Margerin

margerin

Foto Unsplash

Untuk hilangkan kesan minyak pada pakaian, gunakan majerin. Eh! bukan lagi akan berminyak ker? Tak lah, marjerin adalah sejenis lemak tepu. Caranya adalah dengan sapukan sedikit marjerin pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan beberapa minit.

Sebelum mencuci, sediakan air suam dan rendam baju tadi dengan air suam untuk dibersihkan sepenuhnya sapuan marjerin tadi. Jika masih tidak bersih sapuan marjerin tadi, cuci beberapa kali dengan air suam. Selepas itu, anda boleh cuci seperti biasa.

  1. Limau nipis

limau nipis

Foto: unsplash

Rendam baju dalam air panas. Ambil beberapa biji limau (5-10 biji) bergantung kepada berapa banyak baju. Perah limau nipis ke dalam air panas dan campurkan sedikit sabun basuh. Kacau dan rendam dalam satu jam. Selepas itu bilas seperti biasa sehingga bersih.

  1. Sabun pencuci pinggan

sabun pencuci

Untuk menghilangkan kesan sambal pada baju, anda boleh cuba gunakan pencuci pinggan pada kotoran tersebut. Sapu pada bahagian yang terkena sambal tadi dan biarkan 15-20 minit. Selepas itu, cuci seperti biasa.

  1. Tepung

TIP

Foto: Unsplash

Tepung adalah pilihan terbaik untuk mencuci kesan minyak pada pakaian. Campurkan beberapa sudu tepung dengan air. Pastikan kelikatan campuran menjadi seperti pes ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang gerkena minyak. Biarkan pes tadi mengeras dan bersihkan sebelum dicuci seperti biasa.

Jadi selepas ini anda tidak perlu lagi risau sekiranya baju putih anda terkena kotoran atau menjadi kuning. Guna cara ini untuk baju kembali menjadi putih seperti baru beli. Selamat mencuba!

Sumber: Fb dobiru

PENULIS: FATIN SYAZWANI MOHD HANIF

About Arziana Mohmad Azaman