KETERUJAAN menimang cahaya mata pasti dirasai pasangan suami isteri khususnya mereka yang baru berkahwin ataupun sudah menanti zuriat begitu lama.

Pelbagai persediaan akan dibuat termasuk kelengkapan bayi, pemeriksaan bulanan, pemilihan hospital untuk bersalin dan urusan berpantang.

Tidak kurang juga bab pemilihan nama. Itu saat paling penting kerana jika sebut fasal mahu pilih nama terbaik untuk si comel, ada yang sampai bergaduh dan muncung mulut.

nama anak

Malahan, ada pasangan yang pening kepala kerana terlalu banyak nama untuk dipilih lagi-lagi ada campur tangan keluarga.

Terdapat ibu bapa yang sukakan nama yang ringkas dan mudah dipanggil.

Namun, sebilangan penjaga gemar memilih nama yang unik dan panjang sampai tak cukup ruang dalam borang.

Pun begitu, bagaimana pula jika ibu bapa yang berubah hati dan mahu menukar nama anak dalam sijil kelahiran?

nama anak

Perkongsian Diana Hezruque dalam akaun Facebooknya banyak membantu terutamanya ibu bapa yang mahu mengubah atau memotong nama anak yang panjang.

 

Menurut ibu ini, penjaga hanya perlukan salinan kad pengenalan ibu atau ayah, sijil kelahiran anak, mykid, sijil nikah selain semua dokumen original untuk dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran.

“Hanya ambil borang untuk mengubah nama dan selepas isi, perlu dapatkan cop pesuruhjaya sumpah. Jika tidak mahu ke mahkamah, boleh ke kedai gambar atau fotokopi.

“Ini kerana, kebanyakan kedai tersebut ada buka meja untuk perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh di JPN Setia Tropika Johor, ada meja disediakan di kedai berhampiran bagi memudahkan urusan,” tulisnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

nama anak

Iklan

Diana turut menasihatkan kepada para ibu bapa supaya perlu ada alasan kukuh untuk tukar atau potong nama jika tidak mahu ‘disoal siasat’ nanti.

“Pada mulanya saya pun bingung mahu bagi alasan apa masa isi borang itu, sebab pegawai akan tanya sebab. Jadi asbab paling kukuh saya beri adalah tidak mahu anak susah bila sudah sekolah nanti,” katanya.

Ramai juga yang tertanya-tanya, mudah ke semua urusan tersebut termasuk mengubah nama dalam borang?

Wanita itu memaklumkan, hanya menggunakan khidmat yang disediakan petugas di bahagian pesuruhjaya sumpah tersebut dengan caj RM45.

Iklan

nama anak

“Semua petugas itu uruskan termasuk membawa suami isteri untuk urusan tanda tangan. Bagi anak bawah satu tahun, bayaran dikenakan sebanyak RM5 saja manakala anak atas dua tahun, RM50.

“Hanya boleh tukar nama anak bawah 12 tahun saja ya. Alhamdulillah, semua urusan selesai,” tulisnya lagi.

Mungkin perkongsian ibu itu boleh membantu pasangan suami isteri yang mahu mengubah nama anak di sijil kelahiran.

Sementara anak masih kecil, urusan mudah dibuatkan? Apapun, perlu mendapatkan maklumat sahih daripada pihak JPN untuk urusan lanjut. #kitajagakita #kitalaluibersama