Bila puasa susu makin sikit, ibu jadi letih melampau. Atasi dengan 11 saranan kaunselor laktasi ini

April 15, 2021
Oleh Azma ML

MENYUSUKAN anak pada bulan puasa adakalanya sangat mencabar bagi sesetengah ibu. Sama ada susu ibu drop atau ibu mengalami keletihan melampau.

Bagi yang sedang berhadapan masalah ini jangan putus asa. Anda tidak keseorangan. Perkongsian daripada kaunselor laktasi Noor Fazila Abdul Rahman ini diharapkan dapat membantu.


“Jangan takut dengan bulan Ramadan. Laluilah hari-hari dengan tenang. InsyaAllah dengan tip tertentu kuantiti susu yang dihasilkan masih boleh kekal seperti biasa. Kalau pun ia sedikit kurang, mungkin jumlahnya tidak begitu ketara,” kata Noor Fazila.

Menurutnya Noor Fazila, ibu jangan rasa terlalu down walau pun sudah berusaha bermacam cara tapi tetap tidak mampu meneruskan puasa.

Ini kerana Allah SWT memang menjadikan kita semua berbeza. Oleh sebab itu bagi ibu menyusu, Allah SWT telah memberi rukhsah dan tergolong dalam golongan yang boleh berbuka puasa.

Iklan

Artikel lain: Boleh Dibayar Ramadan Hingga Solat Sunat Aildifitri, Ini Kadar Bayaran Zakat Fitrah Setiap Negeri

10 tip untuk atasi

Semasa berpuasa, badan ibu akan tetap memberikan prioriti untuk menghasilkan susu untuk anak menggunakan simpanan zat dalam badan. Ada beberapa tip yang boleh dilakukan iaitu;

Iklan

1. Positif

Perlu sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri.

2. Pam mengikut jadual
Pada minggu pertama puasa kekalkan jadual memerah seperti biasa. Namun kalau korang rasa terlalu letih terutamanya waktu petang, tukarlah jadual mengepam seperti berikut;

Sesi 1: Selepas sahur atau sebelum solat subuh.
Sesi 2: 10.30 pagi / 11.00 pagi
Sesi 3: 2.30 petang / 3.00 petang
Sesi 4: Selepas berbuka
Sesi 5: Sebelum tidur

Korang ubah suai jadual mengepam supaya kekerapan mengepam siang hari menjadi dua kali sahaja.

3. Ambil makanan berat masa sahur
Penting untuk korang bersahur. Ambil nasi atau makanan berat. Lebihkan buah-buahan dan sayur. Jangan tinggal kurma kerana kurma mengandungi gula semula jadi yang tinggi dan kaya zat besi. Ini berperanan sebagai pembekal tenaga tambahan.

Boleh juga makan oat sebelum habis waktu sahur. Pemakanan seimbang penting bagi memastikan komposisi kandungan susu ibu yang dihasilkan tidak terganggu dan zat simpanan dalam tubuh yang digunakan sewaktu menghasilkan susu diganti semula.

4. Jangan tinggal kurma
Pastikan korang makan kurma. Kenapa kurma? Ia mengandungi protein lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semula jadi. Kurma ini secara tidak langsung menjadi pembekal tenaga segera kepada ibu menyusu.

5. Oat bekalkan tenaga berpanjangan
Oat amat disarankan. Ia membekalkan tenaga berpanjangan kerana lambat dicerna, sarat dengan serat, protein dan beta glucan untuk memenuhi keperluan tubuh sepanjang hari.Oatmil juga sangat bagus untuk melancarkan penghadaman.

6. Ambil air 2 hingga 3 liter
Pengambilan air mestilah mencukupi, sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter sehari kerana tubuh memerlukan air yang cukup untuk menghasilkan susu. Air yang cukup mampu membawa oksigen ke otak dan mengelakkan daripada keletihan melampau. Selain air kosong sebagai sumber cecair, korang boleh juga mengambil jus, minuman malt dan makanan berkuah sup.

7. Guna susu perahan
Dapatkan talian hayat dengan menggunakan bantuan susu perahan. Bagi surirumah atau ibu bekerja yang berpuasa semasa cuti hujung minggu dan seringkali keletihan menjelang petang, berikan anak stok susu ibu perahan menggunakan botol, sudu atau syringe. Jika anak menolak, minta bantuan suami atau anak yang besar untuk menyuapkan susu kepada bayi.

8. Perah susu malam
Sesi pam atau penyusuan waktu malam perlu dilakukan sebelum anda tidur. Kerapkan bangun untuk menyusukan bayi waktu malam untuk memastikan lebih banyak permintaan . Ini kerana paras hormon dua kali ganda lebih tinggi pada waktu malam. Langkah ini sangat mustahak untuk memastikan penghasilan susu pada waktu siang tidak terganggu walau pun anda tidak memerah sekerap waktu tidak berpuasa.

9. Suami main peranan
Buat suami, sediakanlah makanan berkhasiat untuk isteri menyusuakan anak di bulan Ramadan ini. Jika isteri mengadu susu semakin sedikit, berikan mereka sokongan dan jadilah pendengar yang setia.

10. Makan seimbang, elak kafein
Makanlah sajian yang sihat dan seimbang. Perbanyakkan sayur dan buah-buahan sewaktu sahur dan berbuka, elakkan yang berminyak. Manakala minuman yang berkafein perlu dikurangkan atau dielakkan.

Selamat mencuba kepada korang ibu yang menyusukan bayi. Semoga masalah susu kurang atau keletihan melampau semasa berpuasa dapat diatasi.

Sumber: Noor Fazila Abdul Rahman

Iklan