SEBAGAI seorang ibu pastinya inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Justeru dari kecillah anak-anak perlu dididik untuk makan makanan yang sihat dan berkhasiat.

Untuk para ibu muda, Sinar Plus kongsikan khasiat sayur brokoli untuk bayi anda. Antaranya adalah

1. Meningkatkan imunisasi badan

Khasiat yang paling tinggi dalam sayur brokoli adalah dapat meningkatkan imunisasi badan. Justeru, ia akan mampu melawan dan mencegah bayi daripada mudah diserang penyakit. Ini kerana kandungan vitamin C yang terdapat dalam sayur brokoli.

Selain itu, khasiat brokoli juga pelbagai seperti berikut:

2. Membantu penglihatan

Bukan sahaja vitamin C malah sayur brokoli juga mempunyai vitamin A yang membantu dalam memberi penglihatan yang jelas untuk bayi.

3. Mencegah anemia

Iklan

Sayur brokoli juga mengandungi zat besi yang mampu membantu pembentukan hemoglobin. Hemoglobin sangat penting untuk membawa sel darah merah ke seluruh anggota badan seterusnya mencegah daripada mengalami penyakit Anemia.

4. Mengatasi sembelit

Sayur brokoli turut mengandungi kandungan serat yang tinggi. Justeru, ia dapat membantu sistem pencernaan yang baik dan memgelakkan bayi daripada mengalami masalah sembelit.

Iklan

Inilah antara khasiat brokoli. Semoga para ibu di luar sana dapat mengamalkan pemakanan sayur brokoli ini kepada bayi anda.

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: unsplash dan the asian parent