BUKAN satu, tetapi enam kejutan promosi hebat diberikan kepada kaki shopping sempena Lazada 12.12 Grand Final Year-End Sale.

Antara suprise yang mencuri tumpuan adalah Black Friday dan Cyber Monday Sale bermula hari ini hingga 29 November ini.

Jika anda masih belum puas untuk membeli-belah ketika Festival Lazada 11.11 Biggest One-Day Sale sebelum ini, jangan bimbang kerana terdapat banyak lagi tawaran istimewa akan menyusul.

Lazada 12.12 Grand Final Year-End Sale dan Shopee 12.12 Birthday Sale

Sebanyak 50 peratus potongan harga diberikan kepada kaki shopping dan jenama yang menyertai kempen Black Friday dan Cyber Monday Sale bukan biasa-biasa antaranya Adidas, Harvey Norman dan banyak lagi.

Selain itu, Lazada PayDay Sale juga diadakan khas sempena minggu gaji dan boleh rambang mata dibuatnya apabila diskaun dan baucar ditawarkan pada harga cukup berbaloi.

Lazada 12.12 Grand Final Year-End Sale dan Shopee 12.12 Birthday Sale

Tidak hanya Lazada, Shopee juga berjaya mencuri tumpuan dengan rekod cemerlang sempena 11.11 Jualan Hebat Shopee yang dianjurkan baru-baru ini.

Nampaknya, pembukaan semula sektor ekonomi tidak memperlahankan permintaan e-dagang apabila 11.11 Jualan Hebat Shopee antara yang paling berjaya direkodkan.

Fuh! Bayangkan sebanyak 1.8 juta produk pembaikan dan hiasan rumah terjual sepanjang tempoh kempen tersebut, selain lebih 13 juta keping pelitup muka serta hampir 30,000 kit ujian Covid-19 dibeli kaki shopping.

11.11 Shopee Big Sale

Sokongan padu terhadap festival jualan tersebut dapat dilihat dengan kunjungan meningkat 5.5 kali ganda dalam dua jam pertama berbanding hari biasa dan lebih 2 bilion barangan berjaya dijual.

Berkongsi berita gembira tersebut, Ketua Pegawai Operasi di Shopee, Terence Pang berkata, ekonomi digital dan e-dagang terus membuka banyak peluang untuk berkembang.

“Kami tumpang gembira apabila melihat impak kepada pembeli, perniagaan dan komuniti tempatan kerana 11.11 Jualan Hebat Shopee kali ini berjaya memecah rekod jualan terdahulu.

Iklan

“Kalau boleh, lebih ramai menerima manfaat daripada pertumbuhan ini dengan meningkatkan penggunaan e-dagang dan seterusnya membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan.

11.11 Shopee Big Sal

Tidak lupa juga, lebih 41 juta tiket emas diagihkan kepada peserta peraduan Tekan & Menang Kondo dan Putar & Menang untuk merebut peluang memenangi ganjaran lumayan.

Ya! Ia berupa sebuah unit kondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East dan sebuah BMW 218i Grand Coupé M Sport.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Lazada 12.12 Grand Final Year-End Sale dan Shopee 12.12 Birthday Sale

Lazada 12.12 Grand Final Year-End Sale dan Shopee 12.12 Birthday Sale

Kepada pemenang, tahniah diucapkan. Sudah tentunya kaki shopping tidak sabar untuk menunggu kejutan yang ditawarkan sempena Shopee 12.12 Birthday Sale nanti.

Sebelum itu, jangan lepaskan peluang untuk chup dulu item idaman sempena Shopee 12.12 Birthday Sale yang berlangsung bermula 20 November hingga 12 Disember ini.