MASIH ada masa lagi untuk para ibu yang masih tercari-cari kasut raya untuk suami dan anak tersayang walaupun pada musim Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Meskipun tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bagi mereka yang berbeza negeri dan daerah, namun raya tetap onz.

Tidak perlu keluar rumah pun, hanya klik pada Skechers saja untuk membeli-belah, anda boleh memilih koleksi terbaharu jenama popular itu yang sesuai digayakan pada pagi raya.

koleksi terbaharu skechers

Ada tujuh koleksi terbaharu yang pastinya bukan sahaja membuatkan para bapa dan si ibu teruja, bahkan buat si kecil.

Mana tidaknya, kolaboratif bersama One Punch Men, Dr Seuss, JGoldcrown, ChinaTown Market, Hello Kitty, Jeremy Ville dan Reality To Idea memang cantik-cantik.

Bagi mereka yang suka anime, Skechers X One Punch Men ada empat varian kasut bertemakan komik superhero itu mungkin boleh diintai untuk dimasukkan dalam troli online.

koleksi terbaharu skechersAda empat pilihan warna iaitu kuning, hijau, biru dan ungu mengikut watak yang ditonjolkan seperti Saitama, Teribble Tornado, Gends dan Speed O Sound Sonic.

Selain itu, buat peminat rancangan kartun Jepun, ada empat pilihan kasut sempena kolaboratif Skechers X Hello Kitty dengan pilihan warna putih, merah, pink dan hitam.

koleksi terbaharu skechers

Koleksi Skechers X JGoldcrown pun tidak kurang hebatnya dengan sentuhan artistik mural yang terkenal dengan simbol love berwarna-warni.

Nampak hidup dan ceria saja rekaan warna yang direka khas oleh James Goldcrown itu. Pasti gambar outfit of the day (OOTD) pada pagi raya nanti lebih menyerlah dengan koleksi unik tersebut.

Lagi best, setiap pembelian RM300 ke atas untuk Skechers X JGoldcrown, akan diberikan topeng pelitup muka khas yang membawa mesej hearts = love = unity. Menarikkan?

koleksi terbaharu skechers

koleksi terbaharu skechersSkechers X Dr Seuss pula nampaknya lebih sesuai dengan selera anak-anak. Watak buku kartun legend, The Cat in the Hat itu tidak dinafikan ada auranya tersendiri.

Koleksi kasut juga memang menarik dan zass. Bagi mereka yang sukakannya, cepat-cepat isi troli online sebelum kehabisan stok!

koleksi terbaharu skechers

Ada lagi koleksi yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk dijadikan kasut raya tahun ini.

Iklan

Skechers X ChinaTown Market pun ada keunikan tersendiri. Masakan tidak, untuk DIY item, pelanggan diberikan pen marker untuk menghiasi sendiri kasut idaman.

koleksi terbaharu skechers

Bukan itu saja, Skechers X Jeremy Ville yang menonjolkan kreativiti artis New York itu mampu menceriakan suasana hari raya dengan koleksi terbaharu.

Tidak hanya desain kasut, pilihan baju t-shirt dan baju panas ditawarkan kepada peminat.

koleksi terbaharu skechers

Iklan

Terakhir sekali, Skechers X Reality To Idea lebih sesuai dengan selera anak muda yang sukakan warna hitam dan putih.

Tidak dinafikan, rona gelap pada rekaan terbaharu kasut tersebut nampak mewah ditambah koleksi baju hud dan beg silang yang boleh digayakan ketika swafoto bersama keluarga.

koleksi terbaharu skechers

koleksi terbaharu skechersJadi, apa tunggu lagi? Jom usha pilihan item dan aksesori yang ada di Skechers. Harganya pun boleh tahan dengan kualiti yang ditawarkan.

Jenama yang menerima pengiktirafan dunia itu memang tidak dinafikan direka khas untuk gaya hidup yang lebih inovatif dengan ciri rekaan terbaik.

Alah membeli, menang memakai! Apa salahnya koleksi terbaharu Skechers dijadikan ganjaran untuk diri bagi meraikan hari mulia bersama insan tersayang.