BERIKUTAN wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini, setiap daripada kita dikehendaki untuk menjaga kebersihan diri dengan teliti.

Kita dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan untuk melindungi diri daripada wabak yang berbahaya ini.

Bagi anda yang mahu keluar untuk membeli barang keperluan, ikuti prosedur standard operasi (SOP) ini untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga.

SEBELUM KELUAR RUMAH

Sebelum keluar rumah, pastikan anda melantik seorang sahaja untuk pergi beli barang. Selepas itu, senaraikan barang-barang yang hendak dibeli supaya akan memudahkan apabila di pasar raya nanti.

SOP
SENARAIKAN barang-barang yang hendak dibeli supaya akan memudahkan apabila di pasar raya nanti.

Pastikan anda memakai topeng muka sebelum keluar.

Keluar rumah sebaik-baiknya dalam sekitar jam 10 pagi atau 3 petang. Anda perlu membawa satu plastik untuk isi duit baki, jangan letak duit baki ke dalam poket ataupun dompet.

SEMASA DI LUAR

Waktu yang disarankan adalah tidak keluar rumah lebih dari 40 minit.

Apabila tiba di pasar raya, pastikan anda tidak lupa untuk menjaga jurang antara satu sama lain.  Jarakkan diri jauh lebih sedikit jika ada kedengaran orang batuk menghampiri atau rapat dengan anda. Jarak yang ditetapkan untuk lebih selamat ialah 1 meter dengan orang lain.

Hanya bersuara pada benda yang perlu sahaja. Lihat dan pilih barang dengan betul, elakkan ambil dan letak semula. Selepas itu, hulur plastik untuk pekerja kedai memasukkan duit baki. Sebolehnya kurangkan pergerakkan tangan anda dan terus beredar dengan cepat.

Iklan

BALIK KE RUMAH

Sejurus pulang dari pasar raya, pastikan buka pakaian yang dipakai dan jemur termasuk barangan yang dibeli di pasar raya yang tidak boleh dibasuh. Seterusnya, jemur kunci kenderaan termasuk kunci jika anda menunggang motor.

SOP
JANGAN lupa membasuh tangan dan terus mandi.

Buka topeng muka, masukkan ke dalam plastik dan buang terus ke dalam tong sampah. Elakkan menyentuh, memeluk anak dan ahli keluarga. Dan jangan lupa membasuh tangan sekali lagi dan terus mandi bersihkan diri anda .

FASA AKHIR

Iklan

Pastikan anda membasuh kaki menggunakan sabun sebelum masuk rumah. Selepas itu, pergi ke tandas buka pakaian dan rendam di dalam sabun. Mandi dengan sabun, bersihkan muka, tangan dan seluruh tubuh.

Tidak lupa juga, pastikan anda memakai tisu atau sarung tangan ketika mengisi minyak kenderaan di petrol pam.

SOP
PASTIKAN anda memakai tisu atau sarung tangan ketika mengisi minyak kenderaan di petrol pam.

PENULIS: NURUL ADRIANA AMIR