SERING kali kita dengar perkongsian kisah pembeli online yang membeli barang lain, tetapi lain pula yang sampai ke tangan. Lucu pun ada.

Ada kes, pembeli pesan casing telefon, tetapi yang diterima ialah set boxer sampaikan terpaksa tepuk dahi sendiri.

Tak kurang juga dapat barang rosak atau pecah sehingga ada yang buntu sama ada mahu dipulangkan semula atau ‘simpan’ begitu sahaja.

barang online rosak

Seperti yang dikongsikan pemilik akaun Facebook, Ahmad Albab Ahmad dalam grup Kelab Kaki Deko ini yang kecewa apabila menerima barang deko rumah pecah dalam bungkusan.

Assalamualaikum…
nak tanya sahabat deco yang pernah membuat pembelian dalam Lazada bila order, barang sampai pecah dan rosak. Boleh dapat refund balik ke?

Persoalan yang ditujukan kepada hampir 676,259 ahli kelab itu mendapat pelbagai reaksi sehingga ada yang tampil membantu.

barang online rosak

Tidak kurang juga ada yang berterima kasih berkongsikan isu seumpama itu kerana tidak mustahil akan berlaku kepada sesiapa pun.

Iklan

barang online rosak

Jadi, bagi sesiapa yang pernah dapat barang rosak atau salah sebelum ini, bolehlah buat pemulangan semula barang menggunakan cara yang betul ya?

Iklan