HOBI menanam pokok bunga dan tanaman hijau sebagai hiasan rumah sememangnya sinonim dengan golongan wanita.

Apatah lagi, musim perintah kawalan pergerakan (PKP) membuatkan ramai wanita tidak kira berkerjaya mahu pun suri rumah menghabiskan masa dengan tanaman.

Tidak kurang juga dengan pesara tentera, Tumidah Naim, 52, yang menjadikan hobi menanam pokok sebagai hobi selain mencantikkan lagi halaman rumah dan ruang tamu.

Selain pokok bunga kertas, pokok burung merak yang juga spesies calathea makoyana juga menjadi pilihannya sebagai hiasan dalam rumah.

Namun apa yang mengejutkan nenek kepada seorang cucu ini ialah daun pokok itu yang menguncup sebaik sahaja masuk waktu maghrib sehingga membuatkannya tertanya-tanya.

Perkongsian dalam akaun Facebook milik ibu kepada empat cahaya mata itu menunjukkan perbezaan pokok yang sama pada waktu siang dan malam.

calathea

Allahuakbar…ingat pesan orang-orang tua dulu jangan dikacau pokok pada waktu malam…rupanya memang betul.

“Sebab ni pokok yang sama sebelah kiri pada waktu siang dan sebelah kanan waktu malam…bila siang daunnya berkembang, bila masuk magrib daunya mula mengucup.”

Ketika dihubungi SinarPlus, wanita yang menetap di Kuantan, Pahang ini turut berkongsi keterujaan melihat kebesaran ALLAH terhadap hidupan bernyawa seperti pokok hiasan itu.

Artikel berkaitan: Pokok ketapang ketot tak ada dahan ‘cik pon’ bertenggek pun jadi viral 

“Pokok ini sudah ditanam sejak lebih setahun lalu dan diletakkan di bawah pokok mangga depan pagar rumah, namun sejak viral saya bawa masuk dalam sebagai hiasan ruang tamu.

“Saya baru perasan dalam dua hari lalu bila nampak daunnya menguncup pada waktu malam. Perasaan bercampur teruja dan terkejut pun ada melihat kebesaran ALLAH,” ceritanya.

Iklan

Rata-rata komen yang diterima juga terkejut dengan perubahan daun pokok itu dan ada juga dikaitkan dengan larangan memetik pokok pada waktu malam.

calathea

Sempat dititipkan cara penjagaan pokok tersebut, Tumidah yang turut menjual anak pokok untuk peminat tanaman itu berkata, biarkan pokok disinari matahari pagi selang dua hari.

“Jika disimpan pokok di dalam rumah, kena pastikan pokok diletakkan di luar rumah untuk cahaya pagi sahaja. Sebab pokok ini akan ‘terbakar’ apabila terkena panas terik.

Iklan

“Sebab itu, saya akan pastikan selang dua hari, pokok diletakkan di luar rumah untuk mendapatkan cahaya pagi selain jaga air,” ujarnya kepada SinarPlus.

Jadi, bagi peminat pokok ini, bolehlah tenung lama-lama sama ada pokok sama menguncup pada waktu malam. Pokok pun ada time tidur juga!