ISTERI solehah menjadi asas rumah tangga yang bahagia. Dugaan paling besar pula adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami.

Kita makhluk ALLAH yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati.

Memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah SAW sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan saat berdepan dengan satu sahaja keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain.

Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. ALLAH. Betapa ngerinya!

Justeru, jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami.

Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

ALLAH Ya ALLAH, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita.

Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang ALLAH dah pilihkan sebagai jodoh kita.

Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian ALLAH buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Suami isteri nak murah rezeki, amalkan 5 petua kasih sayang ini

Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk ALLAH beri pahala melalui sabar kita.

Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah.

Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi yang Maha Kuasa sahaja yang boleh. Minta dari ALLAH.

Jaga hubungan kita dengan ALLAH agar mudah kita minta DIA jaga rumah tangga kita.

Iklan

Masya-ALLAH, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat reda seorang suami.

Baca juga Sakit hati dengan pasangan, pasrah jalan terbaik buat hati tenang

Indahnya janji ALLAH bahawa isteri yang diredai suaminya boleh masuk Syurga dari mana-mana pintu yang disukainya.

Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Justeru, hari ini ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba.

Iklan

ALLAH pandang usaha kita. ALLAH pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita.
Insya-ALLAH..

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di Syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut.

Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke Syurga kah kita.

Ya ALLAH, jadikanlah isteri-isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya ALLAH.

Sumber: Siti Nor Bahyah Mahamood, Nasiruddin Abdul Aziz