MASALAH sampah di rumah kita memang menjadi satu perkara besar jika terlambat dibersihkan.

Sebaiknya, dibuang setiap hari untuk mengelakkan bau busuk.

Bukan sahaja meninggalkan bau busuk malah mengundang ulat. Geli pula apabila ini berlaku kan.

Bagi mengelakkan masalah ini berterusan sebenarnya ada cara atau petua untuk menghindarinya.

Petua 1: Cecair peluntur baju

Satu satu cara lagi ialah dengan menggunakan sedikit cecair peluntur baju.

1. Bancuh 2 penutup cecair peluntur baju dengan air secukupnya.

2. Kemudian masukkan ke dalam botol semburan (spray bottle).

3. Masukkan sampah perut ikan ke dalam plastik khas dan semburkan larutan peluntur di dalam dan luar plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah dapur.

4. Masalah bau akan hilang, ulat pun tak akan muncul lagi.

Petua 2: Bunga cengkih

1. Tumbuk kasar bunga cengkih secukupnya.

Iklan

2. Taburkan pada tong sampah dan kawasan sekelilingnya.

3. Biarkan sahaja dan hasilnya ulat akan mati tanpa disembur bahan kimia.

Rupa-rupanya bunga cengkih banyak khasiatnya, selain digunakan sebagai bahan tumisan dalam beberapa masakan seperti kari dan sebagainya, ia juga boleh membantu masalah di dapur. Salah satunya boleh mengelakkan ulat sampah.

Selain itu, terdapat dua kelebihan lain mengapa anda perlu simpan cengkih di rumah.

Iklan

1. Hilangkan bau peti sejuk
Ikat bunga cengkih dalam kain dan jadikan uncang. Letakkan ke dalam peti sejuk bersama sedikit arang. Cara ini menyerap bau yang kurang enak.

2. Halau semut

Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang malah gula juga berbau harum.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH