TAHUKAH anda, biji selasih walaupun kecil tetapi mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan.   Ada enam kebaikannya yang perlu kita ketahui. Jom kita amalkan minum biji selasih ini.

  1. Merawat jangkitan kulit

Bagi para ibu yang berhadapan dengan anak yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis, anda boleh lakukan rawatan awal dengan menggunakan biji selasih.

Caranya mudah, cuma hancurkan biji selasih dan campurkan bersama minyak kelapa, kemudian sapukan di tempat yang bermasalah.

  1. Rendahkan suhu badan

Badan panas akibat cuaca terik di luar atau anda mengalami demam panas jangan sesekali mengambil minuman ais. Ambil sahaja air kosong dicampur biji selasih. Anda akan rasa perlahan-lahan ia mampu menyejukkan badan anda.

  1. Mengatasi masalah penghadaman

Sekiranya anda menghadapi masalah sembelit, kejang perut, kembung perut, dan lain-lain masalah penghadaman, anda boleh mengambil air kosong dengan campuran biji selasih dan ia boleh melegakan ketidakselesaan anda. Cubalah!

  1. Sebagai ubat tahan sakit

Anda dah boleh tinggalkan pengambilan ubat tahan sakit dan gantikan dengan minuman biji selasih. Biji selasih mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan dan ketegangan urat.

  1. Menyihatkan rambut

Biji selasih mempunyai sumber protein, vitamin K dan zat besi yang bagus untuk rambut dan ia membantu untuk menyihatkan rambut dari akar hingga hujung rambut.

Iklan
  1. Menurunkan berat badan

Biji selasih kaya dengan fiber dan ia akan membuat anda rasa kenyang dan tidak lapar. Ini bagus untuk anda yang ingin mengawal nafsu makan atau lapar. Tambah biji selasih didalam minuman tanpa gula anda dan biar membantu anda untuk kekal berdiet.

Sekarang anda dah tahu khasiat yang terdapat dalam biji selasih ni kan, jadi anda boleh amalkannya di rumah!

Iklan

Sumber: doktorsehat, sumberilham

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif