KAJI SELIDIK yang dijalankan Nuren Group baru-baru ini mendedahkan, berlaku peningkatan ketara penggunaan media sosial dalam kalangan ibu ketika pandemik Covid-19.

Kadar kenaikan tersebut dilihat mendadak selepas negara berada dalam fasa peralihan ke endemik. Golongan wanita nampaknya lebih peka untuk mendapatkan lebih banyak info kesihatan menerusi media sosial.

Hasil dapatan itu diperoleh melalui portal keibubapaan dan e-dagang komuniti keibuan motherhood.com.my bermula Januari hingga Mac lalu melibatkan lebih 2,000 kaum Hawa di seluruh negara.

Motherhood.com.my merupakan salah satu platform digital di bawah Nuren Group yang menyediakan info dan kandungan informatif menghiburkan.

ibu motherhood

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nuren Group, Petrina Goh berkata, pihaknya mendapati ibu lebih mementingkan kesihatan diri, anak-anak kecil dan ahli keluarga sepanjang tempoh pandemik.

“Mereka bergantung kepada media sosial dan internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang kesihatan terutamanya anak-anak kecil.

“Justeru, soal selidik ini membantu ibu mendapatkan maklumat tepat yang akan membantu mereka membuat keputusan yang lebih bijak,” katanya.

Baca juga Kenapa si anak susah nak dengar cakap mak ayah? Ini tip jadi ibu bapa yang awesome

ibu motherhood

Hasil kaji selidik juga menunjukkan, seramai 82 peratus para ibu beralih kepada media sosial ketika masa lapang, manakala 38 peratus lagi tidak lekang dengan telefon hingga enam jam sehari.

Seramai 59 peratus ibu memilih penggunaan telefon untuk tujuan mencari nasihat dan petua kesihatan diri. Sebanyak 62 peratus lagi lebih kepada tip dan info keibubapaan.

Platform pilihan mereka juga ialah Facebook, Instagram dan YouTube.

Baca juga ADHD bukan kerana gajet, telefon bimbit atau sebab salah didikan ibu bapa! Ini penjelasannya

ibu motherhood

Menurut Petrina, pihaknya percaya bahawa pandemik menyumbang kepada peningkatan penggunaan dan kepercayaan para ibu kepada media sosial.

Iklan

“Ini bermakna, mereka semakin percaya dengan penggunaan media sosial dan mengecilkan lagi jurang antara maklumat dalam talian bagi ibu-ibu di Malaysia.

“Justeru, sebagai jenama yang memperkasakan ibu dan seangkatan dengannya secara keseluruhan, kami tidak sabar untuk menjadi suara utama yang memahami dan berkongsi lebih banyak maklumat,” katanya.

Baca juga Anak asyik minta telefon, ibu ini kongsi 5 cara elak si kecil ketagih gajet

ibu motherhood

Pada masa sama, portal tersebut turut menganjurkan anugerah tahunan, Motherhood Choice Award 2022 untuk memberi pengiktirafan kepada jenama dan produk yang menjadi pilihan ibu di negara ini.

Iklan

Terdapat empat kategori dipertandingkan iaitu Ibu Mengandung, Bayi Baru Lahir, Anak Kecil dan Keluarga.

ibu motherhood

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.motherhood.com.my/motherhood-award.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi