PANTANG melihat luka, pantas sahaja tangan akan mencapai ubat antiseptik. Bukan apa, bimbang kecederaan tadi terkena jangkitan kuman.

Lazimnya antiseptik didatangkan dalam bentuk cecair mahupun krim dan pengguna hanya perlu menyapu ubat tadi di tempat yang sakit.

Kini, seiring dengan peredaran zaman, bahan tersebut sudah boleh didapati dalam bentuk semburan sebagaimana yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wen Ken, pengeluar ubatan tradisional, farmaseutikal dan produk kesihatan terkemuka yang berpengalaman lebih 80 tahun dalam industri tersebut.

Syarikat berkenaan memperkenalkan ubat antiseptik semburan terbaharu yang dikenali sebagai Septyc-Kare Cap Kaki Tiga.

Menariknya, produk yang dikeluarkan dengan formulasi baharu tersebut dijadikan sebagai alternatif merawat kecederaan kulit akibat luka, melecet, jangkitan kuman dan kesan terbakar.

Septyc-Kare Cap Kaki Tiga

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, semburan tersebut mengandungi bahan aktif seperti Chlorhexidine yang memberi kesan perlindungan antimikrob.

“Chlorhexidine selamat digunakan pada kulit atau permukaan badan lain dan telah terbukti memberi kesan perlindungan yang lebih baik untuk mengurangkan jangkitan.

Baca juga Kuman ada di mana-mana, Dr Clo bantu cegah 99 peratus virus, bakteria di setiap sudut rumah

“Selain tidak mengandungi alkohol, Septyc-Kare Cap Kaki Tiga yang direka pada saiz botol kecil itu juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak,” kata jenama itu.

Bagi mereka yang tertanya-tanya nilai yang ditawarkan, harga runcit untuk Septyc-Kare Cap Kaki Tiga adalah RM9.60 dan boleh didapati di semua farmasi terkemuka dan Kedai Ubat Cina seluruh negara.

Iklan

Septyc-Kare Cap Kaki Tiga

Sebagai tip mudah, sebelum menggunakan Septyc-Kare Cap Kaki Tiga, bersihkan dan keringkah terlebih dahulu kawasan yang dijangkiti, kemudian semburkan ubat antiseptik tersebut tiga kali sehari.

Dalam pada itu, Kumpulan Wen Ken dalam kenyataannya menyebut, sejajar dengan pengalamannya lebih lapan dekad dalam industri ubatan tradisional, pihaknya optimis dalam mengekalkan momentum syarikat bagi mematuhi piawaian kebersihan dan kawalan mutu produk yang ketat.

Iklan

“Kami sentiasa berpaksikan nilai-nilai teras syarikat iaitu ‘manufacture with care, care with love and gratitude’.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Dengan adanya ciri kemesraan dan berorientasikan pelanggan, Wen Ken akan terus menghasilkan produk yang dapat membina reputasi, keyakinan dan kesetiaan pelanggan pada masa akan datang,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web di www.wenken.com/my/.