GETHA baru-baru ini memperkenalkan koleksi siri Compass terbaharu dengan teknologi Biocare yang memberi perlindungan terhadap gangguan radiasi elektromagnetik.

Koleksi tilam premium tersebut terdiri daripada Getha Compass Star, Getha Compass Green dan Getha Compass Gold 100 yang masing-masing memiliki keunikan tersendiri.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Getha, Melissa Tan, teknologi perlindungan radiasi yang diperkenalkan pihaknya turut membantu meningkatkan kualiti tidur tanpa sebarang gangguan gajet.

getha compass

“Fitur baharu yang dibangunkan untuk tilam Getha ini dilihat penting demi membantu membentuk imun badan lebih kuat lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19.

“Inilah masanya untuk kita bangun dan fokus perkara penting kerana kesihatan yang baik bermula daripada tidur yang bermutu tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena kempen Time to Wake Up! Getha dan pameran koleksi tilam terbaharu di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beritahu Melissa lagi, inovasi terkini Getha diperbuat daripada 100 peratus latex asli yang menepati keperluan tubuh badan, selain memberi keselesaan dan sokongan semasa berehat.

getha compass

Iklan

“Apabila kita dapat tidur dengan lena, proses pemulihan badan berjalan lebih cepat, bahkan membantu tumbesaran otot, membaiki tisu dan menstabilkan hormon,” katanya.

Tambah menarik, revolusi teknologi Biocare turut memiliki Wifi, Bluetooth dan medan elektromagnetik yang sering digunakan sebagai gajet harian.

Pada majlis sama, Getha turut memperkenalkan koleksi tilam dan bantal untuk bayi dengan ciri kalis air, pembersihan sinar ultraviolet dan pengesan logam.

Iklan

Pek pembungkusan juga lebih selamat dengan gred fabrik standard kelengkapan pelindungan diri yang diguna pakai dalam sektor perubatan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.getha.com.my.