TULAR satu foto sekumpulan wanita cantik berkebaya dan berkain batik dengan masing-masing lengkap beg pakaian.

Sepertinya, mereka ini sedang dalam proses pendaftaran kemasukan sesuatu institusi dan apabila diselidik, rupa-rupanya foto itu adalah salah satu bukti bersejarah buat negara.

Masakan tidak, gambar itu adalah rakaman suasana yang berlaku lebih 70 tahun lalu yang mana sebuah maktab perguruan khas wanita dibuka secara rasmi di Durian Daun, Melaka pada tahun 1935.

Foto asal hanyalah berwarna hitam putih tetapi kini tular dengan versi berwarna. Gambar itu dikatakan diambil pada tahun 60-an sewaktu mereka ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya.

guru wanita

Gambar itu dikatakan diambil di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka yang pernah dikenali dengan nama The Malay Women Training College (MWTC).

Perkongsian warganet dalam Facebook, Fariz Rizwan turut menceritakan secara detail mengenai gambar itu dan ternyata, sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai sejarah institusi latihan guru wanita Melayu.

76 tahun lalu, pada 31 Januari 1935 satu lakaran sejarah dalam dunia pendidikan guru tercatat apabila sebuah Maktab khas untuk kaum wanita di Tanah Melayu telah dibuka dengan rasminya oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat (Malay Straits Settlements).

Maktab ini dikenali sebagai The Malay Women Training College atau ringkasnya MWTC. Maktab yang terletak di Durian Daun, Melaka ini ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru wanita Melayu khususnya bagi pendidikan di sekolah rendah perempuan aliran Melayu.

Pada peringkat permulaan ini MTWC beroperasi di blok-blok bangunan lama Hospital Melaka yang diubahsuai oleh kerajaan kolonial British.

Selaras dengan tujuan penubuhan dan kedudukannya sebagai Maktab khas untuk melatih golongan wanita menjadi guru di Tanah Melayu, kurikulum MWTC berkecenderungan ke arah memberi latihan urusan rumahtangga dan keperluan hidup sehari-hari sebagai seorang suri rumahtangga.

Sukatan pelajaran selama dua tahun ini merupakan ulangkaji semula sukatan pelajaran untuk sekolah perempuan dari darjah satu hingga darjah lima.

Mata pelajaran yang di ajar terdiri daripada Kira-kira, Membaca dan menulis Rumi dan Jawi, Karangan, Sejarah, Ilmu Alam Kejadian, Sains Rumahtangga, Kebersihan, Prinsip-Prinsip Pengajaran, Pengetahuan Agama, Nyanyian, Senaman dan Permainan, Lukisan, Jahitan dan Kerja tangan.”

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah si gadis-gadis yang terakam pada foto itu. Barangkali timbul pertanyaan di mana mereka sekarang?

guru wanita

Kongsi Fariz lagi, paling kiri ialah puan Zainuriah Abdul Rahim. Masih hidup dan kini menetap di Kuala Lumpur.

Iklan

Di sebelahnya ialah puan Sapiah Ahmad Tarmizi. Juga masih hidup menetap di Kuala Kangsar, Perak manakala tiga lagi belum dapat dikesan.

Artikel berkaitan:  ‘Ini delivery paling bermakna, susah kita nak jumpa’. Warganet sebak, tak tertahan air mata

Bukan Fariz seorang sahaja yang berkongsikan foto sama, ramai rupanya yang tidak ketinggalan share dan kongsi komen masing-masing mengenai kisah menarik itu termasuk pemilik Facebook, .شهرول عفيفي

Iklan

Rata-rata komen terhadap post yang tular itu mengagumi kecantikan dan tubuh langsing guru wanita berkenaan yang mengenakan busana kebaya selain fesyen dandanan rambut.

Bukan mahu membanding-bandingkan fesyen guru wanita zaman dahulu dan sekarang namun yang menarik perhatian ramai adalah fesyen kebaya berkain batik yang dipakai cukup vazzz ala-ala Saloma itu.